Thursday, November 10, 2011

Tiga saranan untuk belia tingkatkan integriti diri


PUTRAJAYA 10 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan tiga saranan kepada golongan belia untuk meningkatkan integriti diri selaras dengan peranan mereka sebagai pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan.

Saranan pertama beliau ialah golongan belia perlu menjadikan Instiut Integriti Malaysia (IIM) sebagai lokasi dan pusat rujukan dalam isu berkaitan integriti.

Kata beliau, memandangkan Agenda Integriti Nasional merupakan agenda penting kerajaan, ia tentu dapat menjana pelbagai bentuk kerjasama seterusnya memberi sumbangan tenaga, idea dan fikiran ke arah pembudayaan integriti di kalangan rakyat.

''Saranan seterusnya ialah sebagai pemimpin belia dan pemimpin muda, semua inisiatif dan program yang dirancang untuk ahli dan organisasi seharusnya memberi penekanan ke arah pembangunan sahsiah dan jati diri belia kerana negara sentiasa memerlukan generasi muda yang berkredibiliti tinggi, berdaya saing dan mampu menerajui kepimpinan negara.

''Ketiga, kepimpinan belia perlu lebih sensitif dengan naluri, kehendak dan keperluan ahli. Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia mendapati 65 peratus program yang dianjurkan oleh persatuan belia adalah tidak menarik.

"Ia suatu mesej dan sekaligus memberi cabaran kepada mereka untuk melakukan sesuatu anjakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Integriti Nasional bertemakan 'Pelan Integriti Nasional: Peranan Generasi Muda' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Dalam pada itu, Muhyiddin mahu organisasi belia di dalam negara sentiasa sensitif terhadap budaya masyarakat Malaysia.

Serentak itu, beliau meminta semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta merangka aktiviti belia yang substantif dan bersesuaian dengan acuan budaya masyarakat negara ini.


Thursday, June 23, 2011

Oleh :Sapar Sutir
REMBAU : Besar dan bertingkat, dahulunya sebuah pasar raya yang memberikan kemudahan masyarakat sekitar Kota untuk membeli belah keperluan seharian, malangnya ianya telah menjadi masalah barukepada penduduk sekitar kawasan berkenaan ekoran pasar raya berkenaan menutup perniagaan.Kedudukkan bekas supermarket yang di tepi jalan utama dari Tampin ke Seremban lebih mencacatkan pemandangan kepada pengguna jalan raya yang sering berulang alik dari Tampin ke Seremban.

Masalah di mana bangunan berkenaan di biarkan kosong tanpa penyewaDi waktu malan seluruh bangunan gelap yang akan mengundang pelbagai perkarakurang sihat berlaku di bangunan berkenaan. Masyarakat sekitar taman Legong Jaya merasa kurangsenang dengan pihak tuan punya bangunan yang membiarkan bangunan mereka terbiar tanpaada usaha memulihkan atau di sewakan kepada pihak yang berminat untuk menyewa.

Tinjaun Wakil Metro Rembau di banguan tersebuat, di dapati sebahagian tingkat kaca telahpecah, ada kawasan di mana kebocoraan berlaku dan terdapat tumbuhan pokok di bangunan berkenaan. Sampah bertaburan di pintu utama memasuki bangunan juga kawasan belakang bangunandi tumbuhi semak samun tanpa ada usaha membersihkan di jalanakan oleh tuan punya bangunan.

Masyarakat sekitar Taman Legong Jaya juga khuatir bangunan berkenaan akan menjadi tempat nyamuk denggi membiak, keadaan tempat yang terdapat kebocoran bila hujan dan sampah sarap terbiar menyebabkan bangunanmenjadi kotor yang mencemarkan pandangan di kawasan di situ. Kulat telah meliputi banguan yang mencacatkanpandangan mata masyarakat sekitar bangunan bekas supermarket sejak lebih 5 tahun terbiar tanpa penjagaan.
Bangunan terbiar lebih 5 tahun, hanya sebahagian banguan di situ digunakan untuk tujuan perniagaan menjual, baja, tayar kenderaan juga kedai makan. keadaan jalan di kawasan berkenaan juga berlubang-lubang juga sampah sarah bertaburan kerana tiada pihak yang menyelenggara kawasan berkenaan.

Pihak PBT Rembau sepatutnya memberi amaran kepada pemilik bangunan berkenaanagar menjaga bangunan mereka, jaga biarkan terbiar kosong tanpa di uruskan kerana ianya akan menganggu kehidupan masyarakat setempat. menurut seorang penduduk di kenali En Lee 33 yang tinggal di kawan Taman Legong Jaya ketika di temui.
Pihak Tuan punya bangunan seharusnya peka mengenai keselesaan penduduk sekitar yang mahukanbanguan teerbiar di jaga untuk menjamin rasa selamat kepada penduduk yang setiap hari melaluikawasan berkenaan. Status banguan berkenaan juga tidak jelas, sama ada mahu di baik pulih semulaatau sebaliknya. tumbuhan rumput mulai menembal di atas banguan di bahagian belakang yang semak tanpa di bersihkan mengundang berlaku aktiviti tempat bersembungian bintang berbisa dan nyamok aedes membiak.

Di takuti juga banguan menjadi tempat pertemuan mereka yang ingin melakukan jenayah kawasan di situdi tambah keadaan gelap bila waktu malam yang boleh menimbulkan curiga akan ada rancangan jahat hendak di lakukan oleh masyarakat sekitar bila melihat ada orang berkumpul di kawasan berkenaan. ujurnya seorang penduduk enggan di kenali.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa




Oleh: Sapar Sutir( saparsutir@yahoo.com )

TAMPIN: Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa kampung Seri Repah Tampin merupakansekolah agama rakyat yang di uruskan oleh jawatan kuasa yang di bentuk oleh madrasahtahfiz sendiri tanpa mendapat sumber kewangan dari kerajaan, tanpa bantaun kerajaan merekamampu melahirkan para pelajar yang mahir dalam tahfiz al-quran kerana mampu menghafal al-qurandalam tempoh masa yang singkat sekitar 3 tahun pelajar di madrasah berkenaan.


Selain itu pelajar-pelajar juga di ajar fardu ain dan tauhid, telah di tubuhkan pada 1996 di mana padaawal penubuhan hanya seramai 3 pelajar dan seorang guru yang ketika itu beroperasi di bangunan rumahkayu tapi kini atas sumbangan bantuan dari masyarakat telah terbinanya bangunan batu yang lebih selesa yang menempatkan seramai 113 pelajar dan 9 guru sepenuh masa mengajar.


Pada 16.6.2011 madrasah telah menerima kunjungan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed razman bin Tunku SyedIdrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin telah bekesempatan melihat sendiri operasi pengajaran al -quran yang di ajarkandi situ, Tunku Besar juga sempat melawat ke berapa kawasan di sekitar kawasan madrasah untuk lebih mengetahuikeadaan di madrasah tersebut. Madrasah hanya terletak 10 kilometer dari Pekan Tampin.


Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa di kampung Seri Repah Tampin telah berjaya melahirkan pelajar yang mahir dalammenghafal al quran, pelajar yang di lahirkan dari madrasah berkenaa telah berjaya menjadi guru agama yang terkenal bilamemasuki bulan ramadhan pihak luar juga negara asing memohon untuk mendapatkan imam untuk solat tarawiqh. Pihak Madrasahpernah menghantar pelajar untuk menjadi iman ke Negara Afrika Selatan juga ada pelajar berjaya memasuki pusat pengajaran agamayang terkenal. contohnya sekolah pondok di Indonesia bagi memperolehi pengetahuan mengenai al-quran dan fardu ain lebihmendalam.

Yang Dipertua Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa, Haji Suhaimi bin Hj.Othman mengatakan tanah di mana terdirinya Madrasah TahfizAl-Quran Darussyifa adalah tanah yang di wakafkan oleh seorang individu sejak tahun 1996, kini pihak Madrasah juga telah di berikanseluas 6.1 ekar tanah lagi oleh individu berkenaan untuk tujuan mendirikan banguan bagi tujuan pembelajar al-quran juga hadis yangakan memberikan peluang lebih ramai pelajar dapat pelajar di Madrasah berkenaan. Pelajar yang belajar di situ terdiri dari mereka yangberlainan latar belakang keluarga dari Seluruh Negeri di Malaysia juga dari luar Negara.

Individu-individu juga pihak syarikat-syarikat besar yang mahu menyumbang kepada madrasah amat di alu-alukan, sumbang bolehdi salurkan terus kepada pihak Madrasah Al-Quran Darussifa Kg Seri Repah, Tampin, Negeri Sembilan.

Isa Samad: Pinjam duit KWSP satu 'penghormatan'

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.
Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.
Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.
"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?
"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.

Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.
Dalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.
Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia.

Sementara itu, ditanya sekiranya beliau menyentuh mengenai kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa secara ringkas berkata beliau hanya menyentuh mengenai kerugian itu secara umum.
"(Felda) pernah juga rugi pada awal-awal, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kerugian itu supaya jadi baik," katanya lagi.
Dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa turut meminta wakil peneroka ke AGM berkenaan supaya "bersyukur" dan "tidak terpedaya" dengan golongan tertentu yang didakwa terus "mencucuk" masyarakat peneroka berhubung kerugian yang dialami Felda.
"Kita akan rugi sebab perjuangan mereka ini sampai pilihan raya ke-13... Jangan terpedaya kata kami di Felda nak menindas, nak menipu. Tak ada begitu sebab kita tahu tujuan hendak hapuskan kemiskinan luar bandar.

"Ada orang mencucuk masyarakat Felda, tapi apa nak buat memang ada orang macam itu," katanya lagi yang dipercayai merujuk kepada tindakan berterusan oleh kumpulan peneroka yang memfailkan saman ke atas Felda.

Kerajaan BN tiada hasrat beri air percuma

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak berhasrat untuk mengusulkan kepada kerajaan program pemberian air "1,000 liter pertama percuma" kerana ia menggalakkan pembaziran.Timbalannya, Noriah Kasnon, berkata caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan berdasarkan tarif air sedia ada bagi semua negeri."Kementerian mengambil pendekatan ini ke arah mendidik dan menggalakkan penggunaan air secara berhemah demi memastikan kelestarian sumber air untuk diwarisi generasi akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Marcus ingin tahu cadangan kerajaan untuk mengadakan program pembekalan air secara percuma kepada pengguna dan pendekatan yang diambil untuk menangani isu kadar Air Tidak Terhasil (NRW).Noriah berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama dengan operator-operator air telah meningkatkan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung kes kecurian air melalui penyambungan haram yang turut menyumbang kepada peningkatan NRW di sesebuah negeri.Katanya, SPAN juga telah menetapkan supaya setiap operator air mempunyai program penurunan kadar NRW yang sistematik."Program tersebut perlu dilaksanakan mengikut jadual dan Indeks Petunjuk Utama (KPI) yang telah ditetapkan supaya pengurangan kadar NRW di setiap negeri dapat mencapai sasarannya."Komitmen kerajaan ini diteruskan lagi dalam "Rolling Plan" 1 Rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan siling sebanyak RM324.3 juta dan jumlah ini tidak termasuk peruntukan dalaman yang disediakan oleh setiap operator untuk menangani kadar NRW masing-masing," katanya.Beliau menyeru setiap operator air di negara ini untuk memberikan komitmen yang berterusan kepada program-program pengurangan kadar NRW yang ditetapkan.

SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan




Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0









Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu."Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu?







DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".

Rais: 'Kita tak takut hadapi ancaman godam'




Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut."Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen



CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.Ditanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya."Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain,"



katanya.Tindakan pengodam terbabit, kata beliau, bukan sahaja merendahkan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpin, tetapi ia juga turut menjejaskan kepentingan rakyat."Mereka (pengodam) itu tidak sedar, ia (tindakan mereka) telah meranapkan, menjatuhkan kepentingan rakyat," katanya sambil meminta supaya rakyat bangkit menentang kegiatan pengodam itu.

Monday, May 16, 2011

World needs to hear concerted voices of moderates, says Najib



LONDON: The push for a global movement of moderates should involve people from all faiths who must speak louder as a voice of reason and tolerance, the Prime Minister said.

Rallying the call, Datuk Seri Najib Tun Razak said: “Just as Muslims need to make their voices heard, so do the Christians, the Jews, the Buddhists, the Hindus and the atheists who are sickened by intolerance, violence and terror.”

He said the world needed to hear the concerted voices of moderates in all countries and from all walks of life “and when we do, the prize of peace is there for all to see.”

The Prime Minister said this in a speech on the “Coalition of Moderates and Inter-Civilisational Understanding” at the Sheldonian Theatre of the prestigious University of Oxford yesterday.


Warm reception: Najib and his wife Datin Seri Rosmah Mansor (left, in green) shaking hands with some officers at the Malaysian High Commission in London yesterday. — Bernama
The audience included renowned academicians, MPs, corporate figures and students.

Najib quoted extensively from the Quran, the Bible and personalities such as Nelson Mandela, Martin Luther King Jr and Mahatma Gandhi.

Najib added: “We cannot allow this moment to be overtaken by extremists. That is why we are all here to foster not a clash of civilisations but an understanding and, perhaps, even a celebration of our differences and of everything we share.

“Modernisation and moderation must go hand in hand.”

Najib also dwelled on the causes of terrorism, saying the often cited reasons were the lack of economic development, education, despair, humiliation and a sense of hopelessness.

“While most have acknowledged these factors, if we observe more carefully, we will find that some terrorists come from well-off families and are much educated.

“Some really believe that other religions and civilisations represent the enemy and that there is no place for peaceful co-existence.”

Drawing on the Malaysian experience, he said national unity continued to be the overriding objective of his government.

“Since assuming the office of Prime Minister in 2009, I have continued to make this overarching goal the priority of my administration.

“In managing our plurality, we have decided on integration as opposed to assimilation. Malaysians accept their diversity. We do not merely tolerate each other but we also embrace and celebrate.”

Earlier, the Prime Minister visited Oxford Centre for Islamic Studies and met with Malaysian students at the 147-year-old Macdonald Randolph Hotel.

Saturday, March 19, 2011

Kerajaan PKR Selangor ‘punggah’ hasil Orang Asli



KUALA LANGAT 18 Mac – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain ‘wayang kulit’.

Ini kerana mereka kini didakwa sedang ‘memunggah’ hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.

Ia juga menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri dan ada antaranya didakwa diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan masyarakat Orang Asli. Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd. yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga.

Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, tindakan membelakangkan hak Orang Asli telah menyebabkan masyarakat tersebut tidak boleh bersabar, apatah lagi menyedari latar belakang kawasan tersebut adalah penempatan utama suku Temuan di negara ini.

Sedangkan menurut mereka, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) pada 25 Januari tahun lalu telah mengeluarkan pengesahan bahawa Mukim Tanjung 12 adalah kawasan Orang Asli berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 November 1965

Syarat baharu kad kredit



KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan syarat-syarat baharu lebih ketat berkuat kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit.

Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan itu, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.

‘‘Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

‘‘Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.

‘‘Selain itu tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan,’’ kata kepada pemberita selepas memberikan taklimat mengenai garis panduan baharu kad kredit di sini hari ini.

Nor Shamsiah berkata, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad berkenaan tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar.

‘‘Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu itu,’’ jelasnya.

Pada masa ini, pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan 50 peratus adalah mereka yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun.

Nor Shamsiah menjelaskan garis panduan baharu itu merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan berhemat.

‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk.

‘‘Pengenaan syarat-syarat baharu juga bertujuan menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kad kredit,’’ kata beliau.

Pada masa yang sama, pengeluar kad kredit juga ditegah menaikkan had kredit dan menawarkan pendahuluan dalam bentuk cek berbayar tanpa dipohon dan mendapat persetujuan pemegang kad terlebih dahulu.

‘‘Pengeluar kad dikehendaki menyediakan lembaran penzahiran produk (produk disclosure sheet) yang mempunyai maklumat penting, yuran dan tanggu

Lagi demo tuntut DNA Anwar



Kongsi 59Lebih 50 ahli dari beberapa NGO negeri Melaka, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA beliau.

Barisan yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesyen bas Melaka Sentral kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Menurut Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman, tujuan diadakan perhimpun itu adalah untuk mendapatkan keadilan bukan sahaja kepada mangsa dalam kes liwat yang sedang berjalan malah menuntut pihak terlibat bekerjasama agar memudahkan proses pengadilan.

Beliau berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak kerajaan untuk mempercepatkan perlaksanaan undang-undang bagi mewujudkan satu tabung DNA bagi rakyat negara ini.

"Saya difahamkan sudah digubal undang-undang untuk menguatkuasakan tabung ini. Ini satu keperluan yang dianggap perlu pada masa akan datang bagi memudahkan pihak polis dalam melakukan siasatan sesuatu kes yang melibatkan jenayah seksual.

"Ia sekali gus dapat menegakkan keadilan baik dipihak yang terduduh ataupun yang menjadi mangsa. Cadangan itu juga dapat memudahkan semua pihak terutama dalam mempercepatkan proses perbicaraan termasuk pengumpulan bukti untuk proses perbicaraan," katanya.

Abd Rahim berkata, dengan perlaksanaan undang-undang itu juga dapat membantu sekiranya terjadi sesuatu kes dan pihak berkuasa tidak perlu meminta-minta atau menunggu-nunggu untuk dapatkan sampel DNA.

"Kita melihat perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu meyusahkan banyak pihak, malah keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA telah melinggahkan proses dan melibatkan lebih banyak wang kerajaan sepanjang perjalanan perbicaraan.

"Kami sebagai rakyat berasa tidak puas hati kerana ia mengambil masa yang begitu panjang untuk diselesaikan sehingga rakyat pun naik meluat," katanya.

Beliau merasakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar bekerjasama untuk kebaikan semua pihak.

"Bagi Datuk Seri Anwar saya rasa eloklah dia bekerjasama. Inilah masanya untuk dia buktikan sama ada dia terlibat atau tidak," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebenarnya peluang baginya "membersihkan diri"

Wednesday, March 16, 2011

Kg Baru: MAS mahu referendum dapatkan pandangan pemilik tanah




KUALA LUMPUR, 17 Mac — Majlis penduduk Kampung Baru mahu satu referendum diadakan bagi menentukan sama ada pemilik tanah bersetuju dengan Putrajaya untuk membangunkan semula penempatan eksklusif orang Melayu itu menerusi satu akta baru.

Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, Shamsuri Suradi berkata pungutan suara sedemikian diperlukan jika kerajaan “benar-benar mahu mengetahui” bentuk pembangunan yang penduduk mahukan di kawasan berkenaan, yang terletak bersebelahan dengan KLCC di ibu negara.

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Shamsuri berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan badan ideal untuk menjalankan tanggungjawab tersebut, yang dilihat berkecuali bagi kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Mereka ada kuasa untuk mengadakan pilihan raya macam ini. Itu (referendum) seakan macam pilihan raya, hanya kaedah yang berbeza,” tambah beliau.

Shamsuri juga mengesyorkan seorang jurucakap dilantik bagi setiap lot tanah untuk membawa suara atau pendirian pemilik tanah kepada pihak berkuasa.

Kata beliau, langkah itu akan mengelakkan perebutan di kalangan pewaris yang kemungkinan menyokong parti-parti politik tertentu.

Secara purata ada lima pemilik bagi satu-satu lot, dan ada kemungkinan lebih dalam kes-kes tertentu.

Bagaimanapun beliau mengakui proses referendum itu bukan mudah kerana ia akan mengambil masa sehingga setahun untuk selesai.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, MAS masih optimistik usaha membangunkan semula kawasan penempatan berusia 111 tahun itu akan menjadi kenyataan tetapi akan memakan masa yang panjang daripada dijangkakan.

Pentadbiran itu melahirkan pendirian ini di sebalik langkah Putrajaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 untuk bacaan kali kedua ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah.

Undang-undang itu membuka laluan kepada pembentukan sebuah perbadanan, yang awalnya dikatakan akan menggantikan MAS dan kuasa mutlak menteri dan imuniti daripada pendakwaan, tetapi ditentang keras oleh banyak pihak.

MAS melahirkan pandangan itu memandangkan soal membangunkan semula Kampung Baru sudah lama diperkatakan - lebih tiga dekad lalu - tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Sehubungan itu, pihak MAS mahu kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan sebelum meneruskan rancangan untuk membangunkan semula kawasan penempatan milik orang Melayu, yang termahal dan mempunyai 'kuasa autonomi' itu.

Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi mengingatkan bahawa mengikut kiraan mereka, usaha itu kemungkinan mengambil masa 10 tahun sebelum kerajaan boleh menyelesaikan kesemua isu setempat.

Semalam The Malaysian Insider membawa kenyataan Ahli Parlimen Tititwangsa Dr Lo’ Lo’ Ghazali bahawa pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memberi kata dua - tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Mizan Zainal dan Sultan Selangor jika Putrajaya masih berhasrat membawa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ke Parlimen.

Dr Lo’ Lo’ menambah, pada Majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru kelmarin, majoriti mereka membantah keras cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk menggubal rang undang-undang bagi membangunkan kawasan yang sudah berusia 111 tahun itu.

“Pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mendesak kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menarik balik pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 di Parlimen dengan segera, bukan hanya menangguhkannya.

“Jika tindakan ini tidak diambil, pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru akan menyerahkan memorandum bantahan mereka ke kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kemudian Yang di-Pertuan Agong, mereka juga tidak teragak-agak untuk turun ke Parlimen bersama ahli-ahli Parlimen yang bersama mempertahankan hak mereka,” kata wakil rakyat itu.

Mengulas kenyataan wakil rakyat itu, Shamsuri berkata, Dr Lo' Lo' berusaha mendapatkan pandangan pihak terbabit sekarang tetapi menimbulkan kesukaran yang bakal dihadapinya jika dilakukan tanpa bantuan MAS.

“Mereka boleh lakukan tetapi ia bukan tugas mudah,” kata Shamsuri.

Beliau menjelaskan wakil rakyat hanya terlibat ekoran kegagalan kerajaan untuk melibatkan penduduk dari awal-awal lagi.

Oleh itu katanya, kerajaan seharusnya telah membenarkan penduduk untuk memilih daripada beberapa opsyen yang ada berbanding membina “istana dalam angin.”

Semenjak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu, ia mendapat tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah kawasan tersebut.

Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Raja Nong Chik bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat Jun ini.

Sepatutnya ia dibentang pada bulan ini namun ditangguhkan sehingga Jun bagi memperhalusi semula draf undang-undang itu.

Jepun terus guna helikopter gugurkan air




Helikopter tentera terus dikerah untuk menggugurkan air di kawasan loji nuklear Fukushima bagi merendahkan suhu reaktor yang terbakar dan dikhuatiri akan menyebabkan kebocoran radiasi.

Imej televisyen stesen NHK menunjukkan tiga helekopter CH-47 Chinooks milik Pasukan Pertahanan Awam berlegar-legar di udara untuk menjatuhkan air ke reaktor ketiga dan keempat yang sebelum ini meletup dan terbakar.

Perkembangan itu menyaksikan semakin ramai negara asing yang menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan Jepun, yang sedang bertungkus-lumus mengelakkan krisis nuklear setelah dibadai tsunami dan musnah akibat gempa bumi.

Menurut ketua suruhanjaya kawal selia nuklear Amerika Syarikat, keadaan satu daripada reaktor yang terjejas - cukup merisaukan kerana tiada bekalan air untuk mengurangkan suhu rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

'Tidak terkawal lagi'

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Laporan MSNBC pula memetik ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu pParlimen Eropah bahawa loji itu “secara efektif sudah tidak terkawal lagi” selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

“Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya.

“Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia,” katanya.

Namun ketua pemantau nuklear PBB mempunyai pandangan yang berbeza.

13,000 mati dan hilang

“Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal,” kata Yukiya Amano, ketua pengarah agensi tenaga nuklear antarabangsa pada sidang media semalam.

“Operator-operator sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor,” katanya.

Menurutnya, keadaan “sangat serius” dan meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih lengkap kepada agensi itu.

Sementara itu, bilangan rasmi mereka yang terkorban dan hilang selepas gempa bumi dan tsunami yang menghancurkan kawsan pantai timur laut Jepun menghampiri 13,000 orang dan diramalkan akan terus meningkat.

Jumlah mereka yang disahkan terkorban sejak bencana Jumaat lalu seramai 4,314 orang manakalan bilangan mereka yang hilang setakat ini ialah 8,606 orang.

Sejumlah 2,282 orang dilaporkan cedera akibat bencana tersebut.

Datuk bandar Ishinomaki, Miyagi mengatakan jumlah mereka yang hilang di bandar itu sahaja hampir 10,000 orang.

Gempa bumi kuat di Jepun


TOKYO 11 Ogos - Satu gempa bumi kuat menggegarkan Tokyo dan kawasan berhampiran sejurus selepas subuh hari ini, mengakibatkan kejadian tanah runtuh, perkhidmatan kereta api laju digantung dan dua reaktor nuklear ditutup untuk pemeriksaan keselamatan.

Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 64 lagi cedera apabila gempa bumi berukuran 6.5 magnitud itu menggegarkan bangunan, menyebabkan objek terjatuh dan penduduk terjaga dari tidur di Tokyo dan kawasan sekitarnya pada 5.07 pagi ini (4.07 pagi waktu Malaysia).

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum itu melaporkan, satu gempa bumi berasingan bermagnitud 7.6 menggegarkan Lautan Hindi kira-kira 257 kilometer ke utara Pelabuhan Blair di Kepulauan Andaman, India, pada 1:55 pagi (3.55 pagi waktu Malaysia).

Amaran tsunami dikeluarkan untuk India, Myanmar, Indonesia, Thailand dan Bangladesh tetapi ditarik balik kemudian tanpa sebarang tsunami dicatatkan.

Gempa bumi di Jepun itu berpusat di Teluk Suruga, barat daya Tokyo, pada kedalaman 20 kilometer.

Kenaikan kecil paras ombak sehingga 60 sentimeter dikesan di sepanjang pantai bandar Yaizu, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Sekurang-kurangnya 64 orang cedera tetapi tiada yang parah, kata pegawai di dua negeri yang paling teruk mengalami gegaran, Shizuoka dan Aichi.

Satu kejadian tanah runtuh berlaku di sebatang lebuh raya di Makinohara, Shizuoka, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Dua reaktor di loji kuasa nuklear Hamaoka dihentikan buat sementara waktu untuk pemeriksaan keselamatan, tetapi tidak ada kerosakan dilaporkan.

Pengendali 'kereta api peluru' Shinkansen, Central Japan Railway Co. menggantung perkhidmatan buat sementara waktu dan beberapa tren tempatan juga belum beroperasi beberapa jam kemudian.

Jepun adalah antara negara yang paling kerap dilanda gempa bumi dan pakar percaya Tokyo menghadapi kemungkinan 90 peratus dilanda satu gempa bumi besar dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Profesor seismologi di Universiti Tokyo, Katsuyuki Abe berkata, pihaknya sedang mengkaji sama ada gempa bumi hari ini menjadi petanda akan berlakunya satu gempa bumi besar yang dijangka boleh melanda rantau ini pada bila-bila masa. - AP

2 letupan baru di loji nuklear Fukushima









TOKYO: Loji nuklear Fukushima Daiichi yang lumpuh berikutan gempa bumi mengalami kebocoran radiasi yang serius semalam berikutan dua letupan baru dan satu kebakaran ketika kakitangan di tapak berkenaan bertungkus lumus mengelak kebocoran.

Krisis nuklear terbesar negara itu semakin buruk setiap hari berikutan empat daripada enam reaktor di loji nuklear Fukushima mengalami letupan hidrogen sejak gempa bumi melanda wilayah Tohoku Jumaat lalu.

Chong Wei hargai dapat unit saham PNB RM100,000


Saya masih perlukan Datuk Misbun (Sidek)," kata Lee Chong Wei sebaik kembali ke tanah air, awal pagi semalam selepas menjuarai gelaran badminton Seluruh England tempoh hari. Pemain nombor satu dunia itu merayu mentor berkenaan membuat keputusan segera dan kembali membimbing dia ketika ghairah mahu memburu dua gelaran utama - Kejuaraan Dunia dan Sukan Olimpik. “Saya memang perlukan Misbun. Tapi saya tidak mahu memberi tekanan kepadanya. Dia mungkin ada masalah peribadi. Cuma saya amat mengharapkan dia dapat segera membuat keputusan dan kembali membimbing kami,” katanya di Putrajaya, semalam.
Pemain berusia 29 tahun ini menyuarakan dia yakin Misbun akan kembali membimbingnya demi misi negara.

Misbun yang meletak jawatan sejak 31 Disember, tahun lalu masih membisu walau pun pelbagai pihak sudah menemui jurulatih perseorangan itu.

Chong Wei turut ceria, semalam apabila menerima unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM100,000 dan hadiah khas seutas jam tangan sumbangan peribadi Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia di Majlis Sarapan Pagi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri di Seri Perdana.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen
Mohd Shaifuddin MokhtarTahniah Datuk Lee Chong Wei.....Teruskan kecemerlangan dimasa hadapan,tingkatkan lagi usaha dan latihan yg gigih untuk mendapatkan permainan yg lebih bermutu dan berkualiti...Tewaskan Lin Dan kepuasan rakyat Malaysia.pakcik tangkisTahniah...Tahniah... Datuk LCW berjaya menafikan kehebatan jaguh China tu....... Pakcik Kayooo....Zai SriBiarlah Datuk Bun dengan keputusannya. Chong Wei bawalah haluan dengan BAM demi negara. Sesungguhnya kalau Datuk Bun pergi pun pergi dengan maruh dan bukan dengan maruah yang tergadai apabila kembali kepada BAM. Semua telah dicurahkan oleh Datuk Bun dan Chong Wei hanya perlu meneruskan kesimbambungan lagenda badminton kerana semua orang tau siapa Datuk Bun.r3no.cot-lin dan & lcw fanjgn bangga sgt datuk.lin dan pasti balas dendam...sya harap agar datuk menang juara dunia.15-8...cuba atasi Abang AjiTahniah LCW.Harap BAM & MSN hentikanlah politiking...Sebelum terlambat ketengahkan bakat-bakat baru tanpa pilih bulu.izam ahmedSaya terharu melihat saat kemenangan Datuk LCW menewaskan pemain sombong no1 dunia Lin Dan. Lebih puas bila melihat muka lindan pucat ;p Datuk LCW akan menjadi LAGENDA BADMINTON PALING DIGERUNI!!abdul rahim bin alikhidmat datok masih lagi diperlukan haraf BAM jgn lah jadi kacang lupakan kulit...AsicsbestTaniah Datuk LCW krn anda adalah antara atlit yg cukup ikhlas dan berbudi krn tetap mengenang budi bekas sifu anda yg ckup gigih membimbing krn anda faham bukan sekejap masa yg diperlukan utk menjadi juara dunia.... Sedih mendengar komen dan kenyataan Pengarah MSN yg begitu sombong dan angkuh melupakan jasa seorg jurulatih yg kerdil seperti Datuk M.... kalaulah pengarah berpandangan seperti itu apalagi ahli2 majlis BAM.... Rakyat Malaysia tahu dan tidak buta siapa sebenarnya yg benar2 berjasa kpd negara...r3n0.cjgn bangga sangat Datuk....lin Dan pasti balas dendam.datuk mungkin menang nasib.berusaha keras untuk kalahkan unbeatable lagenda badminton itu niklaili@gmail.comSyabas di ucapkan pada Dato Lee menjuarai All England dan juga terima kasih kepada semua penyokong di sana yang tak putus berhenti menyokong pemain malaysia di sepanjang kejohohanan, mereka semuanya patut dihargai...harapan Dato Misbun kembali menjadikan hasrat pemain no.1 dunia ini menjadi kenyataan serta hadiah untuk 1Malaysia budark ke-ciklike 2 ,,,guasyabas...
syabas juga pada RTM sebab dah tak ambil siaran lansung...
RTM dah pokai (bankrup) kut.. ingat semoa orang ade astro ke...Sham Tahniah buat sekian kalinya pd dato' lee & semestinya dato' misbun. saya tidak bersetuju bila dikatakan ketiadaan misbun memberikan kejayaan pd LCW. betul ler kata org bila menang dilambung2 smpai lupa org yg bertahun2 membimbing tp bila kalah cnth masa terbuka korea....berpikul2 kutukan diterima...bg saya misbun telah melengkapkan diri LCW dgn teknik & tektik...jd tiada masalah bg LCW utk berlatih dgn sesiapa pun...malahan LCW telah mengatakan jurang permainan beliau & lindan makin hampir selepas kekalahan di sukan asia & terbaru di korea...jd kpd msn & bam jgn ler jd kacang lupakan kulit...sekalipun nk kan jurulatih yg ada mengambil alih tugas misbun kalian sepatutnya dgn terang-terangan mengucapkan terimakasih kpd misbun atas pengorbanan beliau selama ini...tak logik dek akal siapa boleh melatih pemain dlm 3 bulan boleh menang all england & kalahkan lin dan pulak tu...hakikatnya misbun adalah tunggak di belakang jd jgn nafikannya...

mungkin utk kebaikan semua, dato misbun turun ler melatih LCW kembali & teh seu bock pula akan jd jurulatih pembantu & mungkin mengiringi LCW di perlawanan2 di luar negara...cadangan jer..firahJika Ganjaran y d berikan..d salurkan pd tmpt2 atau org2 y memerlukan...lg cantik....datuk lee da kaya sakan..tp rakyat dpt apa????bila rakyat minta tolong..buat jalan ker..apa ker...byk sngt alasan kerajaan..n lambat d selesaikan..tp sejumlah unit saham y agak besar d berikan bgitu shja..agak2 nya smua pemberian sepanjang thun ada dlam bajet kerajaan ker???MawarKP MSN tu keterlaluan... patut bagi cadangan macam mana nak ganti Dato' LCW bukan bukan nak kondem Datok Misbun. Dato Misbun le yang memainkan peranan utama menaikan Dato' LCW.... Tahniah.tyco 5Tahniah datuk. InsaAllah, Datuk Miasbun akan kembali bergandingan dengan andazolzeytecitulah kebenaran luahan sendiri LCW, bukannya datangnya dari KP MSN @ BAM yg seolah-olah mahu benar-benar kehilangan Misbun, teruskan perjuangan mu DATUK LEE CHONG WEI.... MISBUN JASA MU TETAP DIKENANG....iskandartahniah chong wei..amat penolong jurulatih xdapat ganjaran kah???Brian uMemang Lee C W perlu khimat jurulatih Misbun,kemenangan yang lalu memang sumbangan dari D Misbun.Brian uMemang Lee C W perlu khimat jurulatih Misbun,kemenangan yang lalu memang sumbangan dari D Misbun.amirGanjaran sepatutnya diberikan kepada semua pihak yang terlibat, baik pemain, coach atau pengurus.....Barulah adil dan seksamaijoi_superSalam 1 malaysia.. sebagai rakyat Malaysia yang menghargai jasa perjuang sukan tanah air, saya berharap BAM tidak akan menjadi seperti pepatah melayu yang menyebut `Seperti Kacang Melupakan Kulit`GalavisTahniah..............teruskanmanchillymmg skrng siapapun yg jadi jurulatih chong wei, dia akan mampu utk main dgn baik krn sudah ada teknik yg bagus. apa yg penting adalah mencari bakat baru utk kesinambungan wira utk masa akan datang. kan lebih baik beri kebebasan utk jurulatih cari pemain yg dirasakan layak dan berkemampuan utk jadi juara dunia. jika ada 'orang kuat' yg rasa pencapaian chong wei juga hebat tanpa misbun, anda bebas berfikiran begitu. tp ingat, setelah era chong wei berakhir, siapa pula yg hendak digalaskan cabaran negara!yusof M........tq datuk lee, krna msi x lupa pada d Misbun.....zulDatuk Bun tak dapat sama ke unit amanah saham tu...banuaRasa kasih sayang seoran ibu/pemimpin adalah perlu..inilah bukti perlunya feel dalam apapun perbuatan.Sama ada dirumah...pemimpin..thniawan mohd zikrisungguh trpuji'sikap yg diunjukkan chong wei..ayuh datuk misbun..buanglh ego mu..ambillah yg jernih..demi ank didik yg dahagakan sentuhan mu dn demi kepentingan negara..ayih marilh kita bersama2 mengejar impian negara kita yg tercinta inihafidzuddinsmoga mndpt glaran yg lbih bsr

Merlimau: 78.98 peratus atau 8,435 mengundi



( Malaysia Kini )
Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

Di Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.

Hassanuddin Salim yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala calon Syed Ibrahim akan mengundi di Kuala Tekal.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.


LAPORAN LANGSUNG DI MERLIMAU

5.30pm Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi.

Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.

5pm Proses pengundian di tujuh pusat mengundi di Merlimau dtamat. Kesemua peti undi sedang dibawa ke Dewan Platinum, Politeknik Merlimau untuk dijumlahkan.

4.54pm: Calon PAS, Yuhaizad melalui SRJK (C) Merlimau di tengah-tengah laungan "bangsat" dari penyokong BN.

4.43pm Dengan tempoh pengundian semakin hampir hendak tamat, penyokong BN dan Pakatan di SRJK (C) Merlimau masih tidak mahu beralah.

Perkataan kesat sering digunakan ketika nama pemimpin seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek disebut.

Kanak-kanak, yang kelihatan masih dalam sekolah rendah, pula melaungkan "Anwar kaki buntut".

4.40pm 76.87 peratus atau 8,181 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 4 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

3.39pm Hujan lebat turun di bahagian utara DUN Merlimau, bermula dari Kampung Lipat Kajang.

Ditanya sama ada ia akan menjejaskan sasaran PAS untuk mendapatkan 78 peratus pemilih keluar mengundi hari ini, pengarah bilik gerakan parti itu di Merlimau, Jasme Tompang berkata pihaknya masih berharap.

"Pengundi masih keluar mengundi di Tenang, walaupun berlaku banjir," katanya.

PAS, katanya, percaya mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti tipis sekitar 61 undi, sekiranya cukup pemilih yang keluar mengundi hari ini, terutama pengundi atas pagar dan mereka yang pertamakali mengundi, yang terdiri daripada 15 peratus jumlah pengundi di Merlimau.

3.30pm Di SRJK(C) Merlimau, selepas tersebarnya dakwaan berlakunya pembelian undi, kira-kira 200 meter dari sekolah tersebut, sentimen penyokong menjadi panas, dan berlaku insiden jerit-menjerit.

Seorang penyokong DAP, Tuw Ah Mei, menunjukkan wang kertas RM10 pada penyokong BN, manakala yang lainnya menyanyikan lagi Tahun Baru Cina "Gong Xi Gong Xi", sebagai membayangkan bahawa penyokong BN telah mendapat habuan yang baik, dalam pilihan raya kecil kali ini.

Penyokong Pakatan melaungkan "Mongolia", "Jatuh Najib dan Rosmah!" "Duit rasuah!" manakala penyokong BN membalas dengan laungan "liwat!"

3.30pm 72.6 peratus atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 3 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.40pm 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.
2.31pm Langit mulai mendung, kemungkinan hari akan hujan.

1.30pm: 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

1.05pm Di pusat mengundi Permatang Serai, penyokong PAS kelihatan marah terhadap polis dan SPR kerana membenarkan penyokong BN melepasi halangan, untuk mengiringi pengundi ke kaunter SPR.

Penyokong wanita dari kedua belah pihak menjerit antara satu sama lain.

Seorang penyokong wanita BN dilihat sengaja memprovokasi penyokong PAS dengan berjalan menghampiri mereka seperti gaya seorang model. Penyokong PAS bagaimanapun, tidak memperdulinya.

1pm Masa makan tengahari. Penyokong kedua belah pihak sedang
menjamu selera di bawah pokok. Begitu juga dengan anggota polis anti-rusuhan.

12.45pm Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di pusat mengundi Permatang Serai di SK Merlimau. Kedua-duanya tidak memasuki pusat mengundi tersebut.

Kerana cuaca yang panas, penyokong BN menggunakan payung untuk membawa pengundi ke kaunter SPR.

Permatang Serai merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu dengan 82.6 peratus Melayu, 16.9 peratus Chinese and 0.5 peratus India.

BN menewaskan PAS dengan majoriti 453 undi dalam pilihan raya umum 2008. Ketika itu, BN mendapat 1,025 undi manakala calon PAS memperolehi 562 undi.

12.30pm Merlimau: Pada SJK (T) Jasin Lalang, yang terletak di dalam Estet Jasin, anggota polis anti-rusuhan telah ditempatkan di situ sejak jam 7 pagi bagi menghadapi sebarang insiden tidak diingini. Pusat mengundi yang lain tidak dikawal seketat itu.

Ia menjadi pusat pengundian bagi pengundi dari Jasin Lalang, yang terdiri daripada 51.4 peratus India, 12 peratus Cina, 36.5 peratus Melayu dan 0.1 peratus lain-lain.

52 peratus pengundi di pusat mengundi ini telah mengundi setakat ini dan keadaan tenang sahaja di situ.

Penyokong PAS menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap penyokong BN kerana memanggil mereka dengan pelbagai gelaran seperti 'lembu' dan mengejek dengan laungan 'buntut'.

Penyokong BN juga melaungkan kepada muslimat PAS supaya jangan bercakap kerana suara mereka adalah 'aurat'.

12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

12pm Ahli parlimen Kota Melaka Sing Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .

Sim, bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Dalam laporannya itu, dia mendakwa mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak perkara tidak diingini, Sim berkata, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi.

11.40am 43 peratus atau 4,571 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

11.39am Suasana di Ayer Merbau kembali tenang apabila kumpulan Pemuda PKR beredar menuju ke pusat mengundi yang lain.

Tetapi sekumpulan Pemuda BN kedengaran mengusik janggut penyokong PAS.

"Janggut sunah Nabi! Ni la bodoh, bangang," jawab seorang daripada mereka.

11.14am Seorang pengundi di Ayer Merbau Lim Lam Seng, 50, memuji BN.

"Jalan-jalan semuanya dipasang lampu dan kami tidak takut lagi pada waktu malam. Kini mereka membina sebuah taman tema air di Chinchin, yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata Lim, yang menjadi satu ahli MCA sejak 1983.

11.10am Di SK Merlimau, keadaan jadi panas apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba untuk melawat pusat mengundi dan kedai-kedai berhampiran Merlimau Utara.

Penyokong Pakatan melaungkan "rasuah, rasuah".

Ketika ditemui Malaysiakini, Mohd Ali menafikan tuduhan tersebut
sambil berkata Umno Bersih dan mereka (negeri Pakatan) yang rasuah, dengan mendakwa berlakunya 'rompakan' balak di Kelantan sejak 21 tahun lalu, dan mencuri pasir di Selangor.

Penyokong BN kelihatan membawa kain rentang bertulis "Selamatkan Malaysia dari Pembohongan".

11.05am Seorang anggota Wanita Umno dari Wilayah Persekutuan, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zabedah berkata, dia berada di Ayer Merbau sejak 25 Februari.

"Ini untuk negara," katanya sebelum melaungkan "masuk BN, tinggalkan lempeng (merujuk kepada lambang PAS)."

10.55am Calon PAS Yuhaizad Abdullah melawsat pusat mengundi SK Merlimau 2 - tempat mengundi bagi pengundi dari Merlimau Utara, di mana 42.3 peratus adalah Melayu, 17.1 peratus Cina dan 40.1 peratus India.

Calon BN menang di Merlimau Utara dalam pilihan raya lalu dengan mendapat 234 undi manakala PAS memperolehi 174 undi.

10.52am Merlimau: Kira-kira 20 penyokong BN berarak menuju ke pusat mengundi Ayer Merbau, mencetuskan insiden jerit-menjerit dengan pesaing mereka dari Pakatan.

Pemuda PKR melaungkan "Sapu Malaysia" dan "1Islam!" setiap kali Pemuda BN melaungkan "1Malaysia!"

Ayer Merbau mempunyai jumlah teramai pengundi Cina di antara tujuh daerah pengundi, dan tempat terletakkan bilik operasi PKR bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

10.45am Di Ayer Merbau, penyokong BN melaung "Si ketot!", "Calon
tak jadi!" dan "skuad liwat!" ketika ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di situ.

Seorang penyokong PAS dari Johor, Rokiah Bakar merungut "Manusia macam setan. Rosak orang macam ni". Dia memijak bendera BN sambil berkata adalah "syirik" umat Islam menggunakan simbol dacing.

10:39am Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita.

"Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia.

10.35am Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi.

10:05am Konvoi motosikal BN berlegar di sekitar pekan Merlimau. Mereka memakai baju biru BN dan mengebarkan bendera BN.

09:56 Perniagaan laris di gerai keropok lekor di seberang jalan pusat pengundian. Pemilik, Mohd Zaid - penduduk tempatan Chinchin - berkata dia membuka gerai sejak jam 7 pagi. Dia dan isterinya mengundi sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi

9.42am Yang paling vokal di Chinchin adalah NGO Skuad Teraju Elit Pemuda Selangor (Steps), yang sebelum ini dilihat menyertai demonstrasi anti-kerajaan negeri di Selangor.

9.35am Penyokong PAS mengadu bahawa polis tidak bersikap adil kerana melarang penyokong PAS daripada melintasi garisan yang dipasang di pusat mengundi, sedangkan penyokong BN dibenarkan berbuat demikian.

Anggota Unit Amal PAS, Md Razi Jamaludin, 38, tidak puas hati terhadap perkara tersebut. Dia juga menafikan semangat anggota parti itu rendah kerana parti itu dijangka tewas di Merlimau.

Sebaliknya, katanya, semangat mereka adalah tinggi serta optimis untuk menang, tetapi mereka terpaksa berpecah antara dua pilihan raya kecil - Merlimau dan Kerdau, dan sebahagianya dihantar untuk mengiringi calon parti itu Yuhaizad.

9.25am: Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sehingga jam 9 pagi, 15 peratus atau 1,500 orang sudah mengundi.

9.16am Penyokong PAs pula membalas dengan melaungkan ke arah Puteri Umno, "mengandung, mengandung". Mereka kemudiannya diarah oleh pemimpin mereka supaya berhenti berbuat demikian.

9.05am Calon BN, Roslan Ahmad serta isterinya beredar dari tempat
mengundi dan tempat kira-kira 350 penyokong BN di situ. Beberapa penyokong BN sudahpun kedengaran mengucap tahniah atas "kemenangannya".

Puteri Umno dan Wanita Umno mengebar bendera parti dan menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita".

9.01am Calon PAS, Yuhaizad mengetuai bacaan doa di markas PAS bersama kira-kira 100 penyokong.


Kira-kira 76 peratus pengundi di stesen mengundi Chinchin adalah Melayu. Ini merupaka kampung halaman Yuhaizad. PAS mendapat satu perempat daripada undi di situ pada 2008.

8.40am Roslan beratur di salah satu saluran mengundi tetapi
kemudiannya mendapati dia masuk bilik yang salah untuk hendak mengundi.

Ini mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan jurugambar kerana mereka terpaksa bergegas ke bilik lain.

Secara kebetulan, isteri Roslan juga melakukan kesilapan yang sama dengan masuk ke bilik yang salah ketika hendak mengundi.

8.10am Di daerah pengundian Merlimau Pasir, dua wartawan TV dari Aljazeera diarah keluar oleh anggota polis dari kawasan sekolah ketika mereka mahu mewawancara pengundi.

Polis melarang wartawan stesen TV untuk berbuat demikian dalam kawasan sekolah.

Pengundi mula tiba di SK Merlimau untuk mengundi. Daerah mengundi tersebut mempunyai 2,180 pengundi. BN menang dengan majoriti 393 undi - dengan memperolehi sejumlah 985 undi dalam pilihanraya umum lalu.

Calon BN, Roslan Ahmad akan mengundi di sini.

8.00am Merlimau: Pusat pengundian dibuka secara rasmi bagi kawasan pilihan raya ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya meramalkan jumlah keluar mengundi mencapai kadar 80 peratus, namun pengundi dinasihatkan supaya keluar awal kerana ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang.

Pemantau media jangka lebih sekatan di internet

( Malaysia Kini )
Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.

Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai “sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional” di Malaysia.

RSF berkata internet di Malaysia membekalkan “perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya” dan “ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri” yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.

“Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.

“Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh.”

Friday, March 4, 2011

'Keling tak sedar diri' - PKR buat laporan polis

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan terjumpanya risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.

Risalah itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".

"Risalah jahat berbau perkauman yang bertajuk 'Keling tak sedar diri' dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian penduduk setempat yang berbilang bangsa dan agama.

"Saya selaku Pengerusi Majlis pimpinan Negeri Keadilan Melaka mendesak pihak polis segera menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap penyebaran risalah yang tidak beranggungjawab ini," kata Shamsul dalam laporannya.

Ini kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Menurut Shamsul beberapa objek keras dibaling ke arah kereta yang membawa Anwar dan dua lagi kereta yang mengiringi ketua pembangkang berkenaan.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi hentaman yang kuat pada kenderaan, saya terus beredar dan berhenti rehat di gerai berhampitan Masjid Sempang tidak jauh dari dari jalan Batu Gajah... dan mendapati terdapat kesan hentaman yang kuat di bahagian depan bonet oleh batu.

"Ini adalah tindakan provokasi dan samseng oleh penyokong-penyokong BN,"tulis Shamsul dalam laporannya itu.

Dua hari lalu, ketika ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar di Permatang Pasir, dua kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga dibakar.

Hata Wahari ketua pengarang Utusan Rakyat

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapat permit untuk bagi menerbitkan akhbar mingguan Utusan Rakyat.

Menurutnya, presiden NUJ Hata Wahari (kanan) yang berpengalaman selama 16 tahun dalam dunia kewartawanan dan bahagian editorial, bersetuju untuk menjadi ketua pengarang bagi akhbar tersebut.

"Saya tidak akan memang menyandang jawatan ketua pengarang. Saya menyerahkannya kepada Hata Wahari... Hata diberi kebebasan untuk menentukan akhbar tersebut.

"Tidak ada (campurtangan) parti politik untuk mengawal industri media atau syarikat (media)," kata Nurul Izzah.

Tambahnya, akhbar berbahasa Melayu itu akan dikeluarkan secara mingguan manakala kandungannya berkisar mengenai pelbagai isu termasuk isu-isu berkaitan dengan politik.

Ditanya siapa pemilik akhbar tersebut, Nurul berkata terdapat individu lain yang bersama-sama dalam perjuangan, yang merupakan pemilik sebuah syarikat tertentu, tetapi tidak memegang sebarang jawatan parti.

Menurut Nurul lagi, beliau sekadar mengambil inisiatif memohon permit dan tidak mahu dilihat terlibat secara langsung dalam akhbar berkenaan.

Katanya lagi, banyak pihak mahu bersedia untuk membantu bagi menjayakan penerbitan akhbar ini.

Bagaimanapun, Nurul Izzah enggan mendedahkan identiti pihak berkenaan.

Sebelum itu, Nurul tiba kira-kira jam 11.50 pagi, dan kemudiannya menemui Timbalan Setiausaha Bahagian Penerbitan KDN, Abdul Razak Latif dan Penolong Setiausaha bahagian yang sama, Shafieza Fadzil.

Dalam sidang media selepas menyerahkan permohonan tersebut, Nurul Izzah berkata beliau dimaklumkan bahawa menurut piagam KDN, kementerian itu KDN akan mengambil masa kira-kira dua bulan sebelum membuat keputusan berhubung permohonan tersebut.

Katanya, satu panel 10 orang yang akan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Keselamatan, Datuk Abdul Rahim Radzi akan membincangkan permohonan tersebut, sebelum dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kelulusan.

Menurut Nurul Izzah, akhbar tersebut akan bersifat "dwipartisan dan saksama" dalam laporan, dengan mengambil kira suara dan pendapat pelbagai pihak.

"Media arus perdana di Malaysia mengalami persepsi ianya dikongkong pihak berkuasa menerusi Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984, antara lain.

"Juga realiti pemilikan media oleh sesetengah parti politik (sama ada secara terus atau menerusi proksi) menjustifikasikan persepsi 'berat sebelah' atau prasangka pengarang dalam siaran dan laporan," katanya ketika membacakan satu kenyataan media selepas pertemuan tersebut.

Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai berkata, akhbar mingguan berbahasa Melayu itu akan mempunyai ahli lembaga penasihat pengarang yang diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili NGO dan beliau sendiri sebagai wakil Pakatan Rakyat.

"Beberapa tokoh politik mewakili BN yang dijemput (sebagai ahli lembaga pengarah) masih belum memberikan kata putus walaupun pada dasarnya bersetuju dengan inisiatif (akhbar) dwipartisan ini," katanya.

Ditanya oleh pemberita siapa tokoh BN yang dijemput itu, Nurul Izzah berkata pihaknya telah menjemput ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tidak ada kata putus daripada beliau, tetapi beliau menyatakan sokongannya," kata anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya juga "memilih" untuk menganggotai ahli lembaga pengarah akhbar berkenaan khusus mengenai track rekod tokoh tersebut.

Katanya, setakat ini pihaknya mencadangkan kawasan liputan adalah di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pagi ini.

Sehubungan itu, mahkamah pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

Beliau didakwa telah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.
ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.

Hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.

Perkara 48(1)e) dalam perlembagaan persekutuan menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.

Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.

Satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008.

Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008.

Saturday, February 26, 2011

PAS: Ali Rustam sombong, usaha bodohkan pengundi Merlimau akan gagal


JASIN, 26 Feb — PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.

“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.

“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.

Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat, malah turut memburukkan keadaan.

Kata Nasharudin, Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Umno yang sudah lama terlibat dalam arena politik patut tahu maksud sebenar amalan demokrasi yang diamalkan.

“Patut beliau yang sudah lama menjadi pemimpin Umno patut faham erti demokrasi yang membolehkan mana-mana parti untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.

“Bukan kerana rakyat tapi sistem yang diamalkan di Mesir, dan kita di sini telah terlibat dalam pilihan raya sejak dari dulu lagi... sudah banyak yang kita sertai,” katanya.

Jelas beliau, strategi Umno untuk memburukkan PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung tidak akan mempengaruhi pengundi di Merlimau.

“Ini bukan kempen Umno tapi ia adalah sikap yang ditunjukkan pemimpin Umno terhadap Pakatan Rakyat dengan buat tuduhan liar untuk nafikan hak demokrasi.

“PAS sudah terlibat dalam pilihan raya sudah lama, rakyat tahu apa PAS dan mereka tahu kualiti yang ada pada PAS.

“Mereka (Barisan Nasional) boleh tuduh tapi usaha untuk memperbodohkan pengundi di Merlimau tidak akan berhasil,” kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya PAS akan memberikan saingan yang hebat.

“Kita jangkakan satu pertandingan yang sengit dan tak mudah (untuk menang) tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh beri tentangan,” kata Nasharudin.

PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Satu lawan satu BN-PAS di Merlimau, Kerdau



Pilihan raya kecil DUN Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang akan menyaksikan pertanding satu lawan satu antara calon BN dan PAS pada 6 Mac ini.

Pengundian bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu akan diadakan serentak pada 6 Mac.

Di Kerdau, calon BN, naib ketua Umno bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad akan berdepan dengan calon PAS, Hassanuddin Salim yang juga ketua penerangan PAS Pahang.

Di Merlimau, BN diwakili oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, yang akan berdepan dengan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga timbalan ketua Pemuda PAS negeri.

LAPORAN LANGSUNG

11.40am: Penyokong dari kedua-dua kem BN dan PAS di kawasan Merlimau dan Kerdau mula bersurai.

Tempoh kempen selama lapan hari untuk kedua-dua pilihan raya kecil ini secara rasminya bermula.

Tarikh pengundian bagi kedua-duanya ditetapkan pada Ahad, 6 Mac.

11.35am Merlimau: Tiga bantahan telah dikemukakan – Dua dairpada BN dan satu daripada PAS.

PAS telah mengemukakan berhubung perletakan jawatan calon BN Roslan Ahmad daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Setiausaha agung PAS Mustafa Ali berkata, jawatan Roslan dinyatakan sebagai 'tiada' sedangkan tiada surat perletakan jawatan.

BN pula telah mengemukakan bantahan berhubung alamat calon PAS dan juga berhubung pendaftaran pengundinya.

Mustafa juga berkata, setahunya, tiada bantahan dikemukakan ke atas calon PAS.

Calon PAS Yuhaizad Abdullah berkata mesejnya kepada pengundi: Rakyat tetap berada di hatinya.

Sementara itu, calon BN Roslan Ahmad pula berkata, beliau mengakui bahawa peluang kemenangannya banyak dipengaruhi latar belakang politik keluarganya.

Katanya, beliau tidak kisah dengan kelebihan berdasarkan latar belakangnya itu. Bagaimanapun, Roslan berkata beliau mempunyai kelebihan dan kemampuannya sendiri.

Tambahnya, beliau yakin akan namun enggan mendedahkan anggaran majoriti yang bakal diraih olehnya.

11.30am Kerdau: Pengumuman oleh SPR disambut ucapan takbir oleh pemimpin Pakatan dan 1Malaysia oleh BN. Ketika BN melaungkan 1Malaysia, pemimpin Pakatan berjenaka dengan menunjukkan isyarat jari nombor dua. Ia disambut dengan senyuman oleh kira-kira 50 pemberita dan jurugambar.

11.28am Kerdau SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi kawasan pilihan raya ini di antara calon PAS Hassanudin Salim dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Satu bantahan telah dikemukakan tetapi ditolak SPR.

11.26am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tiga bantahan diterima namun kedua-dua pencalonan diterima.

Beliau turut mengumumkan pertandingan satu lawan satu di antara Roslan Ahmad (BN) dan Yuhaizad Abdullah (PAS) bagi pilihan raya kecil ini.

11.02am Merlimau: Sekumpulan enam individu yang mewakili 106 persatuan Cina tempatan dilihat berada di luar pusat penamaan calon. Kumpulan itu menunggu untuk menyerahkan satu rayuan kepada calon PAS dan BN.



11am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff juga mengumumkan proses bantahan tamat.

11am Kerdau: Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh bantahan berakhir. Difahamkan tiada bantahan telah dikemukakan.

10.51am Kerdau: Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan lawatan mereka ke seluruh negara bermula bulan depan.

Lawatan itu akan bermula ke Sarawak yang akan melangsungkan pilihan raya negeri dalam tempoh beberapa bulan, katanya kepada wartawan di sini.

Menurutnya lagi, Najib dan Muhyiddin akan mengunjungi dua negeri setiap bulan. Siri kunjungan ini diharap akan dapat diselesaikan menjelang September, kata Hishammuddin lagi.

Mengulas rancangan Human Rights Party untuk mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur esok, menteri dalam negeri itu berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menangani isu berkenaan.

10.40am: Kumpulan penyokong yang berkumpul di luar kawasan penamaan calon di Kerdau dan Merlimau dilihat semakin tidak bermaya dalam cuaca panas terik di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.

10.26am Merlimau: Ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkunjung ke khemah yang dikhaskan untuk pemimpin PAS di pusat penamaan itu sementara menunggu tempoh bantahan berakhir.

Dengan berjenaka, Wee berkata beliau hadir ke situ untuk "mengacau" pemimpin PAS itu.

Jenakanya itu disambut oleh ketua angkatan muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meminta Wee untuk menjaga kem PAS, sementara beliau pergi menjaga kem BN.

10.12am Merlimau:Ketua pemuda DAP Anthony Loke berkata sesetengah penduduk kampung Melayu takut kepada Pakatan akibat usaha yang didakwa dijalankan BN.

Beliau mendakwa, penduduk kampung itu diberitahu bahawa sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaaan, orang Cina akan memerintah dan kedudukan orang Melayu akan terjejas.

Di Merlimau, DAP telah berusaha memasuki kawasan kampung Melayu bersama PAS dalam usaha menjelaskan kedudukan mereka, katanya lagi.

Dalam pada itu, naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pilihan raya kecil terdahulu membuktikan bahawa Pakatan telah bertindak "jahat" dalam memburuk-burukkan BN.

Katanya lagi, BN berharap supaya pengundi Merlimau tidak terpengaruh dengan usaha itu. BN juga berharap untuk meningkatkan majoriti di kawasan itu.

BN kehilangan kira-kira 3,000 undi pada 2008 bagi kawasan itu berbanding kira-kira 5,000 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2004.

10.10am Merlimau: Kumpulan penyokong BN kini semakin ramai, menyamai jumlah penyokong PAS yang berjumlah kira-kira 3,000 orang.

Kumpulan penyokong PAS itu akan melaungkan 'rasuah' setiap kali melihat individu daripada kelompok penyokong BN memasuki kawasan pusat penamaan calon.

10am Kerdau: Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh penamaan tamat dan tempoh bantahan bermula.

Hanya dua orang calon, masing-masing daripada PAS dan BN yang mengemukakan borang pencalonan merek bagi pilihan raya kecil kawasan ini.

10am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tempoh penamaan tamat. Pertandingan satu lawan satu juga dijangka berlangsung di sini memandangkan hanya dua pencalonan diterima setakat ini.

9.52am Merlimau: Naib presiden PAS Nasharudin Md Isa berkata kempen parti itu akan menggabungkan isu tempatan, nasional dan antarabangsa.

Katanya lagi, kempen berkenaan merupakan satu latihan yang baik kepada jentera Pakatan dan PAS dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berada di kawasan Merlimau sejak semalam pula berkata, pandangan pertamanya ke atas kawasan DUN ini lebih positif berbanding Tenang.

Katanya, beliau telah diajukan soalan berhubung isu melibatkan kerajaan persekutuan ketika mengunjungi satu kawasan Melayu pada malam tadi.

9.50am Kerdau: penyokong BN membalas 'PAS jual Islam' kepada penyokong PAS.

ketika ditemui di sini, naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.

Tuan Ibrahim berkata BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.

Sementara itu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata tidak mustahil calon PAS akan menang kerana generasi muda, termasuk di kawasan Felda semakin bermaklumat dan sedar.

9.45am Kerdau: Penyokong BN dan PAS masing-masing melaungkan 'kesiannya' terhadap satu sama lain.

Sementara penyokong PAS pula menyanyikan lagu 'duit duit, di mananya duit? Di sana, di sana' .

9.45am Merlimau: Polis menghadkan jumlah ahli parti yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, yang kemudiannya mencetus konflik kecil antara ADUN Teratai, Jenice Lee dan pegawai SPR.

Polis tidak benarkan ahli parti yang sudahpun berada dalam dewan, untuk keluar membawa pas masuk untuk mereka yang lewat tiba.

Jenice yang tiba jam 9.15 pagi dan tidak dibenarkan masuk ke dewan, mendakwa DAP telah memohon 20 pas masuk dan dia ditugaskan oleh parti untuk berada di dalam dewan.

Bagaimanapun, polis tidak membenarkannya masuk dan Jenice kemudian menemui pegawai SPR, yang memaklumkan bahawa kuota untuk parti itu sudah habis.

"Saya hadir di banyak pilihan raya kecil. Perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

9.26am: Kerdau: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, siap mengisi borang pencalonan. Beliau dan calon PAS Hassanuddin Salim kemudiannya bergambar untuk jurufoto sambil berjabat tangan.

Kedua-dua calon serta pencadang dan penyokong masing-masing bersarapan di meja yang sama, sementara menunggu tempoh penamaan calon tamat.

9.23am Merlimau: - Ketua Pemuad MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata BN bersemangat ekoran kemenangan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, yang menurutnya, menunjukkan rakyat kembali menyokong BN.

"Kemenangan besar (di Merlimau) akan menunjukkan penerimaan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Minister Mohd Ali Rustam," katanya.

Sementara itu, jurufoto sibuk mengambil gambar seekor kucing yang dipakaikan baju-T BN.

9.16am Kerdau: Hassanuddin Salim siap mengisi borang penamaan calon di hadapan pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad sedang mengisi borang penamaan calon.

9.04am Merlimau: Calon BN, Roslan Ahmad memasuki pusat penamaan calon.

9am Merlimau: Calon PAS Yuhaizad Abdullah (kiri) telahpun berada di pusat penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonannya.

9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.

Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan proses penamaan calon bermula.

8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.

8.39am Kerdau: Penyokong BN berkumpul di Stadium Temerloh.

8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palanivel.

Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.

8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka turut melaungkan 'hidup Islam' dan 'hancur rejim'. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.

8.30am Merlimau: Penyokong PAS seramai 5,000 orang berkumpul dengan membawa bendera parti dan juga poster, antaranya dengan slogan 'YB mati Merlimau maju', 'Apco Israel bahaya' dan 'Justice for Beng Hock.'

8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.

Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.

8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.

7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini.

Polis telah meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS dan BN yang semakin ramai.

Penyokong BN akan mula berarak dari jarak sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan.

7.30am Kerdau: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini.

Polis telah memagari kawasan dewan tersebut sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi.

Penyokong PAS berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan.

Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.