Tuesday, July 13, 2010

Simpang Bahaya Di Pekan Kota


Simpang bahaya di Pekan Kota


Oleh : Sapar bin Sutir


REMBAU:


Terlalu bahaya bagi para pengguna yang melalui simpang di Pekan Kota untuk masuk ke Astana Raja dari Seremban di Pekan Kota Rembau, ketiadaan lampu isyarat menambahkan lagi bahaya kepada pengguna yang ingin membelok memasuki Jalan ke Astana Raja. Waktu puncak jam 7.00 pagi, waktu pelajar-pelajar sekolah bergerak ke sekolahjuga kakitangan awam dan swasta melalui jalan berkenaan untuk ke tempat kerja Waktu itulah kenderaan sibuk dan di pandu laju lagi menyukar kepada kenderaan yang ingin memasuki ke simpang jalan menuju ke Astana Raja dari arah Seremban.


Keadaan di tambah menyukarkan bila hujan, pernah berlaku kemalangan maut yangmelibatkan kenderaan yang ingin memasuki simpang ke jalan menuju ke Astana RajaKerana tiada pembahagi jalan berbentuk kon berwarna merah hanya garisan putih di atasjalan yang tidak kelihatan bila hujan lebat.


Simpang berkenaan adalah laluan utama memasuki jalan ke Astana Raja dari Pekan KotaBukan sahaja kenderaan yang terlibat dalam kemalangan malah orang ramai yang ingin melintasjalan untuk menunggu bas juga ada yang di langgar kenderaan yang di pandu laju walaupunsepatutnya kawasan Pekan kenderaan wajar di pandu pelahan.


Pemandu kenderaan perlu berhati - hati bila ingin membelok ke kanan memasuki jalanke Astana Raja, walaupun ada garisan putih sebagai panduan juga amaran kepadapengguna tetapi oleh kenderaan yang di pandu laju dari arah hadapan juga belakangsering berlaku kemalangan kerana tidak menduga ada kenderaan berhenti untuk membelok ke jalan memasuki jalan ke Astana Raja.


Pengguna jalan tiada panduan apa yang berada di hadapan di sebabkan jalan berkenaan luruskenderaan akan di pandu laju walaupun memasuki kawasan Pekan Kota, sekiranya ada lampuisyarat pengguna kenderaan akan bersedia untuk memperlahakan kenderaan. menurut seorang kakitangan Kerajaan Firdius Rustam 28 Pihak JKR atau Majlis Daerah Rembau di harapkan bersimpati dengan masalah para pengguna yang setiap hari berhadapan dengan simpang bahaya untuk urusan seharian, jangan nanti adalagi nyawa melayang di simpang berkenaan baru tindakan hendak di ambil. ujur Izzudin isnin 32.


Tinjuan harian Metro memang simpang berkenaan bahaya, kenderaan banyak terutama kenderaanberat sering di pandu laju kerana jalan lurus, amat bahaya kepada motosikal dan pejalan kakiperlu di bina lampu isyarat bagi memudahkan pengguna untuk keluar masuk ke jalan menujuAstana Raja juga untuk pejalan kaki melintas jalan di Pekan Kota.


Sikap pengguna jalan juga perlu berubah jangan mengundurkan kereta sesuka hati bila selesai urusan di Pekan Kota, kes kemalangan sebegini pernah berlaku di sini tetapi tidak melibatkankemalangan yang teruk, sikap tidak memasang lampu isyarat ingin membelok juga punca berlaku kes kemalangan di Pekan Kota.


Papan tanda awas kawasan Pekan sila pandu perlahan juga satu langkah awal mengatasi permasalahkenderaan di pandu laju di Pekan Kota juga berupaya mengelakan kejadian kemalangan kepada kenderaanyang ingin membelok ke kekanan memasuki jalan ke Astana Raja dari arah Seremban.