Sunday, January 23, 2011

PAS nafi calonnya tanya 'kenapa jual arak'



( Sumber Malaysia Kini )
PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina - China Press - yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

"Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini.

Sehubungan itu, Salahudin yang juga bekas ketua pemuda PAS Pusat mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS Normala (kiri) bercakap sedemikian.

"Itu tidak benar sama sekali,"tegas Salahudin.

Mengulas mengenai kejadian provokasi seperti membakar bendera, pengedaran risalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kumpulan bermotor membuat bising di tengah malam, Salahudin berkata semua perkara tersebut bukan daripada PAS.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor Mazlan Aliman berkata beliau menghantar surat tawaran berdebat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berhubung isu berkaitan dengan Felda.

Surat tersebut akan diserahkan oleh naib presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Shamsul Bakri pagi esok, yang akan mewakili beliau.

Bagaimanapun masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian kepada pihak media.

Isu salam: Calon kata MCA tak faham adab Islam



( Sumber Malaysia Kini )
Calon PAS Normala Sudirman hari ini membidas BN, khususnya MCA kerana gagal memahami adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media.

Sehubungan itu, Normala berkata Umno sepatutnya memahamkan komponen BN bahawa menyifatkan isu itu bukanlah isu.

"Dan kita lihat, inilah realiti yang perlu difahami masyarakat Malaysia," katanya.

Normala yang dikenali sebagai Cikgu Mala mengulas kebimbangan bahawa beliau tidak bersalaman tidak dengan lelaki sepanjang sejak mula berkempen pilihan raya di DUN Tenang.

Lelaki Tionghua

Dalam pilihan raya ini, Normala bakal dicabar oleh calon BN Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil 30 Januari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin PAS, antaranya dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke Pasar Tani Labis, pagi ini, Normala turut menegaskan "tiada seorang pun lelaki Tionghua" bersalaman dengannya kerana mereka sudah memahami mengenai kedudukan perkara tersebut selepas majlis penerangan anjuran PKR dan DAP.

"Tapi prinsip asas sebagai seorang Islam, saya cukup jaga (adab bersalaman dengan lelaki) untuk mencari redha Allah," tegasnya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mengingatkan pihak media supaya tidak membesarkan perkara itu sehingga "mengurangkan" isu yang lebih besar sepanjang kempen pilihan raya ini.

Sebelum itu, dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Salahudin, beliau membayangkan PAS akan mendedahkan beberapa isu yang berkaitan dengan Mohd Azahar.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kubang Kerian itu menegaskan ia "tidak berkaitan dengan peribadi" calon BN.

"Tunggu... Ia bukan berkaitan peribadi. Kami bukan seperti pihak-pihak lain," katanya sambil menambah pendedahan tersebut akan dibuat dalam masa "sehari dua lagi".

Anwar: Mustahil sembunyi pelarian modal RM208b

( Sumber Malaysia Kini )
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap dakwaan berhubung aliran wang haram yang amat tinggi di negara ini.

"Kita gesa kementerian kewangan menjawab (dakwaan ini) dan segala siasatan yang berhubung perkara itu," kata Anwar dalam sebuah program parti di Ampang hari ini.

"Jangan lindungi perkara korup. Jika mereka gagal, jelaslah ia melibatkan personaliti besar dalam BN dan kerajaan. Mustahil jumlah sebanyak RM208 bilion tidak boleh dikesan."

Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan - Global Financial Integrity (GFI) - menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan turut mengakui terkejut dengan jumlah besar wang yang didakwa terlibat.

Sambil menegaskan keperluan siasatan yang bebas, ketua pembangkang itu berkata Bank Negara juga harus menjelaskan situasi tersebut.

Sehingga kini belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan memalukan itu, yang meletakkan penguatkuasaan undang-undang kewangan di Malaysia bawah persoalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mengulasnya ketika ditanya Jumaat lalu, tetapi memberitahu Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan dengan segera.

Tuesday, January 18, 2011

Presiden NUJ buka 'pejabat' depan Utusan


( Sumber MK )
Sebagai tanda bantahan terhadap majikannya, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari hari ini membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil.

Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas".

Dan kakitangannya cuma beliau seorang.

Bagi Hata, tindakannya itu sebagai membantah tindakan Utusan menggantung kerjanya, sedangkan beliau belum dibuktikan bersalah.

"Saya baru dituduh, belum lagi dibuktikan. Ini tidak adillah," kata wartawan kanan yang telah berkidmat 15 tahun di akhbar milik Umno itu.

Tindakan Hata itu dilihat mengotakan janjinya yang hendak membuka "kaunter aduan" di depan pejabat Utusan ekoran penggantungan kerja terhadapnya yang masih tidak pasti tempoh dan sama ada bergaji atau tidak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Hata berkata beliau akan terus 'berkubu' di depan pintu masuk Utusan setiap hari bagi menyatakan bantahannya.

"Saya duduk dari situ pukul 10 pagi, lihat internet, tanya masalah ahli..," katanya.

Hata mengakui tindakannya itu menarik perhatian segelintir wartawan akhbar itu, yang antaranya sempat singgah dan bertanya apa yang berlaku.

Justeru, tambahnya, peranannya hari ini lebih kepada memberi penjelasan.

Kehidupan harian

Ditanya sama terdapat gangguan pengurusan atau keselamatan Utusan akhbar itu, Hata berkata:

"Polis bantuan ada juga tengok-tengok, tetapi tidak ada buat apa-apa. Tengoklah nanti, kalau meja ini tidak hilang, OK lah."

Sementara itu, walaupun digantung tugas, Hata juga berazam akan meneruskan kehidupan sebagai wartawan seperti biasa.

"Saya akan pergi assignment (tugasan). Saya akan tulis laporan dan hantar," katanya sambil memberitahu 'tugasan' pertamanya selepas digantung adalah menghadiri sesi penerangan parti pimpinan Datuk Zaid Ibrahim, KITA esok.

Hata dituduh menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Semalam siasatan dalaman yang didaualkan terhadap Hata oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

Pada prosiding di Pusat Latihan Utusan itu, beliau diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.

Pendekatan berbeza

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PM: Kita juga mahu tahu bagaimana Teoh mati

komitmennya untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock ketika berucap kepada masyarakat Cina di Tenang.

“Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan.”

Ucapan Najib di SJK(C) Labis ini dilihat bagi mengelakkan penghakiman terbuka inkues Teoh tempoh hari dijadikan modal politik oleh Pakatan Rakyat.

“Hasrat kita pun sama dalam kes Teoh Beng Hock,” katanya kepada kira-kira 700 penduduk Cina semasa sesi minum the di dewan sekolah itu.

Namun, Najib mengingatkan pengundi Tenang bahawa kematian Teoh tidak sepatutnya mempengaruhi keputusan mereka dalam mengundi.

“Ini (pilihan raya kecil) lebih besar daripada Teoh Beng Hock, ini adalah mengenai masa depan Malaysia, masa depan semua kita, masa depan generasi kita.

“Jangan perjudikan masa depan kita. Pembangkang tidak boleh mentadbir negara ini,” kata Najib dengan berkobar-kabar sambil disambut tepukan gemuruh.

Najib turut menyindir hubungan parti dalam Pakatan Rakyat umpama "tidur sebantal, mimpi lain-lain".

"PAS ada cita-cita mahu negara Islam ala PAS, dan DAP nak negara sekular.

"Mereka main mata, nak kalahkan BN... Mereka tidak boleh bersama, mereka main sandiwara politik. Kerjasama mereka rapuh," katanya.

Dengan sinis, beliau juga turut menyindir ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berjanji membentuk kabinet bayangan sebelum ini.

Namun, katanya selepas lebih dua tahun, masih belum ada kabinet bayangan yang dimaksudkan.

"Jangan cakap pasal kabinet, bayangnya pun tak boleh sebab takut nak bagi jawatan tertentu, (dan) tak ada persefahaman," katanya.

Sebelum itu, Najib turut menyampaikan ucapan dalam majlis ramah mesra dengan kira-kira 500 pengundi India di Dewan Serbaguna, Majlis Daerah Labis.

Dalam ucapannya, beliau cuba memujuk kaum India bahawa undi mereka menjadi penentu kepada kekuatan BN.

"Kita bergantung kepada (undi) tuan-tuan untuk menang. Di Hulu Selangor kita berhempas pulas (untuk menang) tak kira siapa calonnya," katanya.

Selain itu, beliau turut menepis tanggapan bahawa Umno tidak menghormati kaum India.

Sehubungan itu, beliau berharap kaum India tidak mudah mempercayai khabar angin bahawa parti itu mengetepikan kaum India.

"Itu tidak benar, kita hormat masyarakat India dan kita mahu kaum India maju seperti masyarakat yang lain," katanya sambil meminta pengundi kaum cina mengundi calon BN dalam pilihan raya kali ini.

Sunday, January 16, 2011

PAS letak calon wanita bertanding di Tenang





PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.


Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.

Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut

Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong
berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Ia berlaku apabila pemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.

Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.

"Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan.

Ditanya apakah alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik".

sementara itu, ketua umum PKR yang dijadual hadir di majlis
pengumuman tersebut terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.

Menurut Dr Wan Azizah, Anwar terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk membincangkan perbicaraan kes liwat terhadapnya esok, dengan para peguamnya.

Anwar juga memaklumkan perkara itu melalui twitternya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.


Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk
mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.

Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

Exco DAP cabar sensitiviti umat Islam

PENDUDUK Selangor tentu masih ingat ketegangan dan kekecohan yang ditimbulkan Ronnie Liu dua tahun lalu apabila wakil rakyat DAP itu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula arak dirampas.

Ia menimbulkan persoalan kepada penduduk terutama beragama Islam, siapa sebenarnya yang berkuasa di Selangor ketika penyokong tegar PAS mengharapkan suara pemimpin parti itu didengar bagi mempertahankan kesucian agama Islam berkaitan isu berkenaan. Berikutan itu, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri memecat Liu kerana mendakwa tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri itu campur tangan dan menghalang pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas minuman keras mengguris perasaan umat Islam. Kali ini, isu berkaitan minuman keras itu timbul semula. Ia berlaku apabila Liu dan rakan di barisan Exco, Datuk Hasan Mohamed Ali berbeza pendirian berhubung larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan minuman keras.

Liu dilihat cuba sekali lagi bermain dengan isu arak apabila mengarahkan supaya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan orang Islam bekerja di premis yang menyediakan arak.

Pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada Yang Dipertua MPSJ, Datuk Md Adnan Ikhsan dengan alasan kerajaan negeri tidak menyedari perkara berkenaan. Persoalannya, apa tujuan sebenar arahan itu?

Hasan yang menjaga hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam pula berpendirian tindakan MPSJ adalah wajar dan berterima kasih kepada pimpinan majlis kerana menguatkuasa peraturan itu.
Sependapat dengan Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Dewan Pemudanya menyokong tindakan MPSJ dan mahu larangan itu dikekalkan, bukannya ditarik balik.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata semua pihak perlu menyokong usaha MPSJ itu kerana ia hanya tindakan mempertahankan apa dilarang Islam dan tidak memberi kesan kepada mereka yang bukan Islam.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) juga menyokong pandangan Hasan yang mahukan MPSJ menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak dan mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu bertegas dengan prinsip Islam.

Kerajaan Selangor dilihat cuba meredakan isu berkenaan sebelum menjadi lebih kecoh apabila mengumumkan hasrat menubuh satu tabung khas bagi membantu bekas pekerja beragama Islam di premis menjual minuman keras supaya mereka tidak terbeban dengan penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Hasan dan beberapa Exco lain iaitu Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail sudah diminta menubuhkan sekretariat bagi tujuan itu.

Timbalan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom menegaskan syariat Islam yang menetapkan pendapatan daripada sumber arak adalah haram dan ia tidak boleh diubah.

Katanya, Islam memandang serius isu arak dan Nabi Muhammad SAW menggariskan secara jelas bahawa industri arak dan mereka yang terbabit dengannya menanggung dosa sama, dilaknat Allah dunia dan akhirat.

"Ada syarak mengatakan ia dibenarkan jika seseorang itu berada dalam keadaan darurat, tetapi di Malaysia tidak darurat. Oleh itu, langkah MPSJ tepat dan adalah menjadi tanggungjawab masyarakat bagi menentukan ada tempat kerja baru bagi mereka. Tindakan Liu ternyata bertentangan dengan konsep perkongsian kuasa," katanya.

Sebagai pemimpin Melayu, katanya, semua barisan pemimpin perlu memainkan peranan penting dalam usaha membanteras aktiviti haram yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam.

Bagi sesetengah pendapat, DAP dilihat cuba untuk kembali menunjuk kuasa dengan mempertikaikan Undang-Undang Syariah iaitu Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah. Dari satu sudut, kerajaan Selangor dilihat lebih takut kepada orang bukan Melayu kerana terpaksa mengubah larangan meskipun ia sebenarnya berlandaskan hukum Islam.

Peranan PAS dalam kerajaan Selangor sekarang juga dipertikaikan meskipun cuba membuktikan mereka tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya.

Sebagai wakil rakyat, Liu sepatutnya bukan sekadar ambil tahu mengenai Islam, malah beliau perlu belajar dan meneliti lebih mendalam berkaitan undang-undang yang mana arak itu haram di sisi Islam.

Ketika pakatan pembangkang yang menerajui Selangor dilihat menjadi sebuah kenderaan, apakah PAS menjadi penumpang dan DAP menjadi pemandu?

Hari tanpa seluar panjang

APA perasaannya jika melihat seseorang dalam perjalanan ke bekerja di pejabat lengkap dengan kemeja dan tali leher tetapi tidak memakai seluar?

Pasti pelik, geli dan pelbagai lagi perasaan cuak akan berlegar di fikiran. Paling tidak kita beranggapan mereka ini sudah hilang akal.

Namun untuk makluman, terdapat hari tertentu dalam setahun yang dipanggil Hari Tanpa Seluar, dan di sambut secara normal seolah-olah tidak ada apa-apa kekurangan yang berlaku.

Memang pelik tabiat manusia ini terutama di Barat yang sanggup berbuat demikian atas nama fesyen, prinsip atau semata-mata kerana keseronokan.

Itulah yang berlaku pada Ahad lepas di New York apabila sekumpulan manusia dengan selamba menaiki tren bawah tanah tanpa memakai seluar atau pun skirt.

Alasan mereka adalah hari tersebut merupakan hari tanpa seluar di tren bawah tanah, (The No Pants Subway Ride).

Ratusan penduduk di bandar itu dengan selamba tidak memakai seluar panjang dan skirt semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.

Lebih mengejutkan mereka ini cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.

Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.

Acara ini bermula sejak 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.

Tahun lepas sahaja seramai 1,500 orang menyertai acara ini dan dikatakan lebih 1,000 orang lagi di 50 bandar diseluruh dunia turut serta dalam memeriahkan acara ini.

Selamba

Ada di antara mereka yang lengkap berpakaian kot dan tali leher berdiri di dalam tren dan apabila ditanya kenapa tidak memakai seluar, selamba mereka menjawab terlupa.

Bagi wanitanya pula tidak bermakna jika mereka memakai skirt sudah mencukupi kerana temanya adalah hari tanpa seluar. Maka akan kelihatan wanita yang hanya memakai seluar dalam di tempat awam atas alasan mahu relaks menikmati pemandangan dan lawak jenaka yang berlaku kerana orang terkejut melihat mereka tidak memakai seluar.

Sebenarnya ada dua acara berbeza untuk hari tanpa seluar. Satu lagi acara dianjurkan pada setiap minggu pertama Mei setiap tahun dan semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat menyertainya.

Ada antara mereka merupakan ahli perniagaan ternama, pelajar mahupun pemimpin masyarakat yang dihormati akan menyertai acara ini.

Maka akan kelihatanlah orang dewasa mahupun warga emas yang senang hati hanya memakai seluar dalam atau boxer berjalan-jalan di setiap ceruk tanpa rasa malu.

Lebih menarik makin ramai yang menyertai acara ini di seluruh dunia terutama di Eropah dan Australia.

Acara ini yang dikatakan telah wujud sejak tahun 1986 diadakan untuk orang ramai menikmati hari mereka tanpa sebarang prejudis terutama kepada mereka yang tidak memakai seluar.

Alasan mereka hidup adalah sebahagian dari lawak jenaka dan lagi ramai orang yang menyertainya semakin meriahlah acara tersebut.


Rumah Tinggal

Oleh : Sapar Sutir

REMBAU : Ribuan ringgit telah di belanjakan untuk mendirikan rumah kediaman kakitangan kerajaan tetapi malangnya kakitangan yang di amanahkan untuk mendiami rumah yang khas di bina untuk kemudahan mereka tidak di manafaat sepenuhnya malah di tinggalkan terbiar sehingga terdapat struktur bangunan seperti pintu utama, garaj juga telah runtuh kerana tidak di selenggara sekian lama.

Dari tinjuan metro di kawasan kediaman berkenaan juga di dapati telah berlaku tumbuhan
Semak samun sehingga hampir menutupi sebahagian besar bangunan berkenaan khasnya di bahagian belakang bangunan. Rumah kediaman berkenaan bersebelahan dengan Pusat Jagaan Warga Emas Rembau, sepatutnya pegawai yang di amanahkan menduduki rumah kediaman tersebut lebih peka mengenai keselamatan jiran sebelah yang semua warga emas, bukan di biarkan menjadi tempat persembungian haiwan berbisa yang mampu menyerang warga emas di situ.

Yang menjadi tanda soal kenapa rumah kediaman yang dbina khas untuk pegawai kerajaan tidak di duduki oleh mereka, ada kemungkinan pegawai berkenaan telah mempunyai kediaman sendiri, sepatutnya jika berlaku sedemikian serahkan kepada pegawai kerajaan lain yang masih menyewa rumah bagi mengelakan kediaman yang kerajaan sediakan terbiar begitu sahaja tanpa penguni yang akan menyumbang pelbagai masalah keselamatan kepada jiran-jiran bersebelahan. menurut kataAnizan Hussin 27 ketika di temui.

Dari apa yang di maklumkan kepada wakil metro rumah kediaman untuk pegawai kerajaan telah terbiar sejak 4 tahun lalu tanpa daya usaha dari agensi kerajaan yang membina rumah kediaman berkenaan menyelenggara atau membersihkan rumah kediaman tersebut. Hal sedemikian amat mengcewakan penduduk sekitar kawasan berkenaan yang akan melalui kawasan rumah kediaman berkenaan di takuti akan di serah
Haiwan berbisa yang telah lama bersarang di kawasan rumah kediaman kerajaaan terbiar berkenaan. ujur kata Hassan Omar 45.

Di harapkan pihak yang berkenaan akan bertindak membersihkan rumah kediaman kerajaan tersebut bagi menjamin keselamatan murid sekolah dan orang ramai yang menggunakan laluan berdekatan kawasan rumah kediaman kerajaan yang lama tinggal
Agar dapat mengelakan dari perkara yang tak di ingini dari berlaku kepada mereka kelak.


















Nyaris Maut lori terbalik


Oleh : Sapar Sutir


Rembau : Saya sempat terjun menyelamatkan diri dari lori yang terus menyelonsor dan terbalik di jalan Tampin Seremban berhampiran dengan jambatan di Kg Sungai Layang Rembau, kejadian pada semalam amat memberikan kesan kepada pemandu yang di kenali sebagai Roslan Mustapa 29 yang dalam perjalan dari Melaka dengan barangan muatan kepingan aluminium untuk di hantar ke Klang.

Dalam kejadian itu, beliau tidak dapat mengawal lori yang di pandu bila sampai di jambatan tersebut, lori
yang di pandu terus melanggar penghadang jambatan yang menyebabkan lori yang di pandu beliau terus
menjunam ke kawasan lapang di sebelah kiri jalan, beliau yang terjun dari lori hanya mengalami kecederaan ringan. Semasa kejadian lori yang di pandu beliau tidak berselisih dengan kenderaan lain di kawasan jambatan berkenaan. Lori yang di pandu beliau juga tidak melanggar kenderaan lain hanya melibatkan kemalangan sendiri sahaja.

Dari tinjuan di kawasan kejadian di dapati penghadang jambatan telah rosak di sebabkan rempuhan kuat
lori, sisa dari jambtan bertaburan dan kepingan aluminium telah di angkut oleh pihak syarikat. Keadaan
jambatan di situ yang agak sempit yang memerlukan pemandu berhati-hati dan memperlahankan kenderaan
bagi mengelakan kejadian kemalangan dari berlaku di jambatan berkenaan.

Keadaan lori mengalami kerosakkan di bahagain badan di mana dinding lori pecah dan kepala lori mengalami kemik yang teruk di mana cermin hadapan pecah, kejadian semalam juga menyebabkan jalan Tampin seremban mengalami gangguan kelancaran di mana para pemandu ingin melihat kejadian dengan bertindak memperlahankan kenderaan bila tiba di kawasan berkenaan.

Bantah guna logo halal nasi lemak










PULAU PINANG 15 Jan. - Lebih 100 ahli Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) berhimpun bagi membantah penggunaan logo halal oleh sebuah syarikat milik bukan Islam yang membekalkan nasi lemak di sekitar negeri ini.

Mereka berkumpul di hadapan pintu masuk Balai Polis Bayan Baru kira-kira sejam bermula pukul 11 pagi ini kerana kesal dengan tindakan tersebut selain bertujuan mempertahankan hak orang Islam terutama peniaga Melayu.

Mereka memegang kain rentang bertulis 'Pengusaha nasi lemak bukan Islam guna logo halal palsu', 'Hormati hak orang Islam', 'Harap Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) prihatin', 'Exco Agama buka mata' sambil melaungkan takbir beramai-ramai.

Presiden Pewaris Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan tindakan syarikat yang berpejabat di Juru, Bukit Mertajam itu kerana gunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim untuk memperdayakan umat Islam.

Katanya, aduan berkenaan diterima peniaga nasi lemak di sekitar Bayan Baru, Jalan Tengah, Bayan Lepas, Bukit Jambul dan sekitar pusat bandar sejak beberapa minggu lalu setelah timbul keraguan mengenai logo halal pada bungkusan nasi lemak berharga RM1 itu.

"Pemilik syarikat tersebut cuba menggunakan orang Islam sebagai orang tengah sewaktu menghantar nasi lemak ke setiap gerai di negeri ini. Namun, apa yang meragukan, mereka masih menggunakan logo pengiktirafan antarabangsa dan bukannya sijil halal Jakim.

"Jika mereka (pemilik syarikat) sudah dapat pengiktirafan sijil halal yang sah, kita tidak kisah mereka berniaga. Cuma kita tidak mahu orang Islam di negeri ini ditipu menerusi penggunaan logo itu," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru bagi membantah tindakan berkenaan termasuk menggesa pihak be

Mukhriz: Amalan cantas dalam Umno dedah kepada serangan Pakatan

Mukhriz: Amalan cantas dalam Umno dedah kepada serangan Pakatan


January 15, 2011KULIM, 15 Jan — Amalan cantas-mencantas di kalangan pemimpin Umno akan membuka lebih ruang kepada kemaraan pembangkang yang sentiasa mencari faktor melemahkan aktiviti jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata para pemimpin Umno Bahagian di Kedah perlu menjauhi amalan politik cantas jika mereka bertekad mahukan BN merampas semula Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita tidak lagi sanggup melihat senario pilihan raya umum ke-12 berulang kerana kini Perdana Menteri telah berusaha keras mengembalikan kepercayaan pengundi yang telah dipesongkan pengaruh kempen pembangkang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terat Batu, Padang Serai, dekat sini hari ini.

Mukhriz berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu amalan cantas mencantas di kalangan pemimpin Umno di Kedah yang disifatkannya akan melemahkan usaha menawan semula Kedah daripada pembangkang.

Mukhriz berkata pemimpin dan anggota Umno di Kedah kini perlu menumpukan kepada perpaduan dan kerjasama lebih padu dan erat kerana amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dijadikan kenyataan.

Program anjuran Umno Bahagian Padang Serai itu bermula dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bermalam di rumah seorang penduduk di kampung itu malam semalam.

Pagi tadi, Mukhriz bersama hampir 100 penduduk di kampung itu bersolat subuh di Masjid Jamik Al Syahida yang diimamkan oleh imam masjid tersebut Mohd Saad Bakar.

“Ini diikuti dengan sesi minum pagi yang diadakan di sebuah warung bersebelahan masjid tersebut yang dapat lebih memesrakan lagi pemimpin di peringkat pusat dengan masyarakat di kampung tersebut,” kata Ketua Umno Bahagian Padang Serai Abdul Rahman Mahamud ketika ditemui hari ini.

Abdul Rahman berkata pihaknya memang berhasrat mendekatkan pemimpin Umno Kedah dengan rakyat supaya mereka lebih memahami kehidupan masyarakat bawahan, lebih-lebih lagi yang dekat dengan pembangkang.

Bagi keluarga Mohamad Zaki Abdul Rahman, 47, dan isterinya Fatimah Mohd Noor, 40, merasa amat terharu dan gembira kerana Timbalan Menteri itu telah bermalam di rumah mereka dalam lawatan pendeknya semalam dan pagi ini





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai pengerusi BN untuk menolak calon-calon berpotensi yang mempunyai kedudukan dalam parti, bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan para pemimpin BN Sarawak bagi mendapatkan konsensus berhubung prinsip calon-calon yang boleh membawa kemenangan terutama di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

"Ini merupakan satu prinsip yang sangat penting sebab kalau kita meletak calon, itu bererti calon itu mewakili BN dan kita perlu calon itu menang sebab kita nak membentuk kerajaan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan konvensyen SUPP bertemakan "Berjuang Untuk Rakyat" di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Wujud keperluan untuk memastikan bahawa calon-calon yang dipilih juga diterima rakyat di kawasan pilihan raya kerana ia merupakan satu-satunya cara bagi SUPP untuk kekal relevan dalam usaha menawan semula lapan daripada 19 kerusi yang hilang dalam pilihan raya negeri pada 2006, katanya.

Berdasarkan prinsip itu, beliau berkata semua parti komponen BN di negeri ini perlu menjalankan penilaian bukan dari sudut kedudukan calon dalam parti semata-mata tetapi berfikir lebih mendalam supaya ada opsyen atau pertimbangan yang lain.

Sebelum itu, Najib memberitahu 6,000 perwakilan yang hadir bahawa beliau mahu SUPP mengemukakan nama-nama mereka yang boleh menang dalam pilihan raya akan datang.

"Tolong beri saya calon-calon yang boleh menang, saya tidak peduli sama ada mereka tua, baru atau pertengahan umur asalkan mereka boleh menang."

Dalam usaha menghidupkan semula parti dan membariskan muka-muka baru, beliau berkata SUPP, yang kebanyakannya mewakili kawasan bandar, perlu untuk berhubung, memahami dan menyelami kehidupan rakyat dan melindungi kepentingan mereka.

Beliau berkata kepimpinan BN akan menyokong dan memberi ruang yang diperlukan kepada SUPP asalkan ia wajar dan matang dalam kerjanya tanpa mengeluarkan kenyataan yang mungkin menyinggung parti-parti komponen negeri yang lain.

"Cakap dengan saya atau Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Kita akan menyelesaikan banyak masalah termasuk isu tanah yang mana premium tanah Sarawak merupakan yang termurah di negara ini.

"Tapi anda (SUPP) tidak boleh terus mendesak tanpa memberi respons. Anda mesti respons kerana kita tidak boleh terus memberi tanpa mendapat sebarang sokongan untuk BN," katanya yang jelas merujuk kepada permintaan seperti lebih banyak peruntukan pusat bagi sekolah Cina dan mubaligh, industri kecil dan sederhana dan tanah negeri bagi tujuan pertanian yang dibawa oleh Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan.

Dalam menangani kepelbagaian masyarakat hari ini, yang banyak menitikberatkan kepada kualiti hidup, beliau mengesyorkan supaya SUPP membentuk unit siber untuk berhubung dengan generasi muda terutama penduduk kota mengenai isu berkaitan bandar termasuk perumahan dan mengurangkan banjir.

"Ya, kita kalah dalam perang siber pada pilihan raya lalu tetapi apa yang kita buat mengenainya," katanya.

Beliau berkata golongan muda bukan anti-kerajaan berdasarkan respons yang diterima dalam akaun Facebooknya dengan 500,000 peminat setakat ini dan akaun twitter #tanya Najib, yang merupakan akaun kelima paling aktif dalam dunia blog mikro dalam jangka masa singkat.

Najib berkata, sebagai parti di mana BN juga bergantung harap bagi mendapatkan sokongan daripada komuniti bandar, SUPP perlu memahami mengenai masyarakat yang sedemikian kompleks yang tidak bergantung kepada politik pembangunan atau politik meluluskan peruntukan kerajaan seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Sibu.

"Baru sahaja umumkan beberapa juta ringgit untuk sekolah-sekolah Cina semasa pilihan raya kecil tidak menjamin sokongan dari kaum Cina," kata merujuk kepada kekalahan BN kepada DAP di Sibu.

Bagaimanapun, Najib yakin bahawa SUPP melalui proses muhasabah dan transformasi politik, kerjasama dan sokongan daripada tiga parti komponen di Sarawak, akan menjadi satu kekuatan untuk diambilkira.

Isu Azan di Kampong Kerinchi Kuala Lumpur

( Sumber MK )
Isu azan: PM tak harus membisu, kata Nurul IzzahJan 15, 11 10:39amKongsi 242Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet yang didakwa telah menerima surat aduan berhubung permohonan supaya laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur diperlahankan diminta tampil memberi penjelasan.


Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melalui tulisan di blognya, berkata jawapan pemimpin berkenaan penting bagi menegakkan kebenaran dalam isu tersebut.

“Jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), Datuk Raja Nong Chik, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Mohd Nazri (Aziz), Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain, jadi apakah respon mereka?” tulisnya.

Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, melalui tulisan di blognya, berkata jawapan pemimpin berkenaan penting bagi menegakkan kebenaran dalam isu tersebut. Beliau merujuk kejadian petang semalam, di mana kira-kira 100 orang berhimpun di perkarangan masjid berkenaan bagi membantah tindakan seorang peguam bukan Islam yang dikatakan ahli MCA - meminta laungan azan diperlahankan.

Dengan memegang kain rentang serta laungan Allahuakbar, mereka juga turut membakar patung peguam berkenaan.

Malaysiakini, Khamis lalu berjaya mendapat penjelasan daripada ketua imam masjid tersebut - Mahadi Abdullah yang berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan atas arahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

Mahadi berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu tetapi beliau beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

Dakwanya lagi, beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - diajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata respon Perdana Menteri dan pihak yang terbabit amat penting kerana surat peguam itu dihantar terus kepada Najib dan pimpinan tertinggi kerajaan Umno-BN.

"Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah jawapan mereka?" kata Nurul.

Beliau juga berkata siasatan juga harus dijalankan bagi mengenal pasti terhadap siapa sebenarnya yang mengeluarkan arahan supaya pembesar suara masjid itu diperlahankan.

"Sekiranya JAKIM mengeluarkan arahan itu, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis sama ada wujudnya garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid-masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan JAWI mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah," kata Nurul Izzah.