Thursday, December 16, 2010





Dewan Rakyat: Kecoh di dalam, tegang di luar...
16.12.2010 - Sumber Malaysia Kini

Kuala Lumpur
Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG
11.43am: Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar berkata perarakan akan diadakan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat Suhakam, yang terletak kira-kira dua kilometer.

Namun, kira-kira 40 anggota polis berada dalam keadaan bersiap-sedia.
11.33am: Hujan renyai di luar bangunan Parlimen.
11.32am: Perbahasan mengenai usul kedua dimulakan oleh Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud).Beliau menuduh ketiga-tiga ahli parlimen itu membuat interpretasi Peraturan Dewan mengikut agenda politik mereka.
11.30am: Nazri mengusulkan usul kedua untuk menggantung tiga lagi ahli parlimen - R Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (PKR-Gombak) and Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
11.29am: Ahli parlimen pembangkang melaungkan "Bohong, Bohong!" Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.
11.25am: Pandikar memutuskan untuk menguatkuaskan Peraturan 44. Beliau mengarahkan setiausaha dewan untuk membekalkan setiap nama ahli parlimen yang mengengkarinya supaya mereka juga boleh dihgantung.11.28am: Pandikar mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Azmin Ali (PKR-Gombak) menuntut untuk tahu peraturan mana yang akan digunakan oleh speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan.Pandikar kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Anwar diluluskan dengan suara majoriti.

11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".
11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya “undur diri” kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana “kepentingan lain”.
11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan “Apco-Umno” semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.
11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.Azmin terus bangkit lagi dan berkata, “Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!”Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit “Apco-Umno” berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Thursday, December 9, 2010



Kenaikan 4-dalam-1: PAS naikkan kain rentang

Dec 8, 10 10:48am - sumber Malaysia Kini

Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintaholeh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.“PAS mengharapkan rakyat dapat ‘sekolahkan’ pemimpin BN melalui kuasa politik.

Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.“Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.Paling memeranjatkan, kata Idris, hujah yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. “Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia.

Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak?” soalnya.Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.

Berikut cadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara."Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”“Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”“Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”“Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”“Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”“Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”“Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”“Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”“Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN” “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”“Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat” “Selamatkan Negara Daripada Muflis”“Mana Wang Petronas Dihabiskan?”“Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”“Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”“Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”“Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”

Wednesday, December 8, 2010


Vandalisme Dataran Rembau.

Oleh :Sapar Sutir

REMBAU : Kewujudan ayat-ayat yang lucah, yang di tulis amat memalukan sesiapajuga yang berkunjung di Dataran Rembau. Ayat-ayat lucah di tulis merata-rata tempatdi dinding bangunan juga tempat duduk penonton di padang Dataran Rembau.Ayat-ayat lucah di tulis menggunakan cecair pemadam berwarna putih, menggambarkanketidak matangan penulis atau penulis ingin mencurahkan isi hati yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara yang mereka hadapi. Oleh kerana itulah segala dinding dan bangkudi Dataran Rembau menjadi mangsa, mereka yang ingin mencurahkan isi hati yang terbukusekian lama dengan ayat - lucah, maki hamun juga segala macam lukisan yang amat memalukanlebih-lebih lagi di tempat tumpuan awam bila ada program kemasyarakat di Daerah Rembau.

Dari apa yang di ceritakan oleh pengunjung yang di temui, mereka mengatakan vandalisma yang berlaku di Dataran Rembau di lakukan oleh kalangan pelajar sekolah yang berdekatan Dataran Rembau. Mereka yang di kalangan bukan pelajar sekolah yang melakukan vandaslimakurang bilangannya di bandingkan dengan pelajar sekolah.

Menurut seorang pengunjung Dataran Rembau yang di kenali Azhar Ibrahim 32 menjelaskan selain menconteng dinding dan bangku tempat duduk penonton, ada juga di kalangan pelajar yang melepak dan menghidu gam di kawasan Dataran Rembau. Pelajar biasa tidak berpakaiansekolah dan aktiviti dijalankan di waktu petang.

Terbukit bila terjumpanya tin-tin kosong di sekitar kawasan Dataran Rembauyang di percayai bekas cecair gam. Ini membuktikan ada kalangan pelajar yang melepak di kawasan ini melakukan aktiviti kurang sihat. Jelasnya lagi

Berkunjung di Dataran Rembau untuk melihat kebenaran rungutan dari kalangan pengunjung Dataran Rembau mengenai aktiviti vandalisme yang berlaku di Dataran Rembau. Memang ada kebenarnya, kelihatan tulisan perkataan yang lucahtertera di dinding juga bangku sekitar tempat duduk penonton dan banguan tempatyang menempatkan barangan untuk aktiviti pertunjukan yang di adakan di situ.

Perkataan lucah terang terangan di tulis yang mudah di baca oleh sesiapa juga yangberkunjung. Sehingga ada yang malu untuk membaca kerana terlalu lucah dan memalukan.Majlis Daerah Rembau telah membina kemudahan berkenaan yang memberikan banyakfaedah kepada penduduk sekitar Rembau tetapi malangnya telah di salah gunakan dengandi conteng dengan ayat-ayat lucah yang sepatutnya tidak wajar di lakukan di kawasantumpuan awam di Daerah Rembau. menurut kata Suliaman Bakar 54 semasa di temui.

Dari pemerihatian di Dataran Rembau, selain aktiviti vandalismeyang berlaku di situ, kegiatan mencuri lampu hiasan di Dataran Rembau pun berlaku. Lampuhiasan cantik lagi menarik di pasang oleh Majlis Daerah Rembau tetapi tak lama berada di situhanya tinggal wajar sahaja. Lampu hiasan di padang pun di pecahkan cerminnya berkemungkinanbiar Dataran Rembau menjadi gelap mudah bagi mereka menjalankan aktiviti kurang sihat. Keranatiada pihak yang nampak apa yang mereka jalankan di situ.


Pihak Majlis Daerah Rembau segera bertindak membersihkan segala macam vandalisme yangterdapat di Dataran Rembau agar pengunjung yang datang lebih selesa, tidak lagi melihat ayatayat lucah juga lukisan yang tidak senonoh dari di lihat oleh pengunjung yang datang kesitu.

Monday, December 6, 2010


Meningkatkan Profesionalisma dengan media.

Oleh: Sapar Sutir

Port Dickson : Meningkatkan lagi hubungan yang terjalinantara Jabatan Penerangan Malaysia dengan pihak Media yang telah terjalin erat merupakan pendekatan yang akandi ambil bagi tujuan berkerjasama dalam tujuan melibatkanpihak media dalam aktiviti yang di anjurkan oleh pihak JabatanPenerangan Malaysia.

Taklimat khas perhubungan media Jabatan PeneranganMalaysia telah di adakan di Glory Beach, Port Dickson dari 2 hingga4.11.2010 bagi tujuan membincangkan pendekatan terkini yang akandi ambil bagi lebih merapatkan hubungan sedia ada antara penerangandan pihak media di peringkat negeri-negeri dan ibu pejabat JabatanPenerangan Malaysia Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan Malaysia seluruh Malaysia di sarankanmelibatkan pihak media dalam aktiviti-aktiviti yang di jalankanseperti aktiviti pengisahan, komuniti bestari, infobestari, ceramah 1 Malaysia bagi merapatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalinantara penerangan dan pihak media.

Pihak media juga di harapkan dapat mempromosikan aktiviti yang di jalankan olehJabatan Penerangan Malaysia dalam akhbar atau stesen TV masingmasing. menurut kata Haji Ramly bin Yusof 53, Pengarah Bahagian Mediadan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia.

Menurut beliau lagi program yang akan di jalankan di seluruh negeri- negeri di Jabatan Penerangan Malaysia bagi tujuan menjalinkan lagihubungan sedia ada antara pihak penerangan dan media seperti sentiasa berkomunikasi dengan pihak media, membuatlawatan ke agensi-agensi media, mengadakan majlis mesra media, menjadikan media sebagai rakan dalam laman sosial ( facebook )dan mengadakan media familiarisation, bagi tujuan berkenaan, penyelaras mediaJabatan Penerangan Malasyia peringkat Negeri - negeri perlu merangka aktiviti bermula tahun 2011 dengan pihak media masa peringkat negeri-negeri aktiviti kursus bersama media masa, teknik menulis berita lawatan ke agensi media masa negeri - negeri dan sebagainya.

Dialog bersama Media Masa amat penting kerana pihak Jabatan PeneranganMalaysia akan dapat mengetahui dan memahami kehendak dan berita apayang di kehendaki oleh pihak media dalam sesuatu program yang di anjurkanoleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi tujuan promosi atau hebahan kepadamasyarakat dalam akhbar atau stesyen TV, kursus khas penyelaras media peringkatDaerah dalam Jabatan Penerangan Malaysia bersama media bagi memperolehi kepakaran dalam menulis berita, cara menemuramah bagi tujuan mendapatkan beritaatau isu akan di rangka dan di jalankan . menurut En Yusof bin Othman 50. Penyelaras Media Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan.

Jabatan Penerangan Malaysia juga berperanan dalam pengurusan pusat media dan kawalan media, menguruskan pusat media semasa banjir berlaku dan semasa pilihan raya kecil diadakan.bagi tujuan memberikan kemudahan pada pihak media masa merujuk dan mendapatkan maklumatbagi tujuan membuat liputan. Kerjasama baik antara media masa dan Jabatan Penerangan Malaysia akan sentiasa berterusan bagi tujuan yang satu memberikan maklumat dan hebahan kepada masyarakat.



Jalan Kampong berlubang besar.

Oleh : Sapar Sutir

REMBAU: Lubang besar yang terbentuk di selekoh jalan kampong sungai serai, semerbokKota, Rembau amat bahaya kepada pengguna jalan di kampong berkenaan, bila waktu malamdi mana kawasan jalan berkenaan gelap menambahkan risiko kemalangan kepada pengguna kerana lubang berkenaan terbentuk di kawasan selekoh jalan, lubang yang terbentuk amatlahbesar mampu membolosi sebuah motosikal sekiranya motosikal memasuki lubang tersebut.

Para pengguna yang baru berkunjung di kg kampong berkenaan sekiranya tidak berwaspada akan menjadi mangsa lubang besar berkenaan kerana ianya terletak di selekoh jalan, juga terletak menurunbukit yang mana pemandu tidak menyangka di depan ada lubang besar.
Keadaan lubang di jalan tersebut semakin hari semakin besar kerana di sebabkan ada aliran air di bawahnyadi bawah lubang besar berkenaan juga terdapat satu pembentong berbentuk bulat untuk aliran air dari kawasankanan ke kiri jalan yang menuju ke pari besar di kg itu.

Lubang besar terjadi kemungkinan di sebabkan mendakan tanah di bawah oleh hakisan tanah di sebabkanoleh aliran air yang tidak sempurna semasa pembinanya. Dari apa yang di lihat oleh wakil metro di kawasanlubang besar tersebut juga mendapati penurapan jalan juga tidak sempurna kerana di lubang besar kelihatanlapiran tar yang di turap terlalu nipis, di bahagian penghujung jalan yang terletaknya lebih 8 rumah masyarakatkg sungai sireh semerbok keadaan jalan tidak berturap dengan sempurna kerana ada sesetengah jalan langsungtidak berturap yang menimbulkan rasa kurang senang penduduk kampong.

Permasalahan berkenaan telah berlarutan selama 2 bulan, permasalah berkenaan telah di maklumkan kepada Pengerusi JKKK kampongtetapi sehingga kini tiada tindakan yang di ambil oleh pihak yang berkuasa di Daerah Rembau. Tindakan masyarakatkampong hanya meletakkan kayu sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan agar berwaspada dengan kewujudan lubang besar di jalan kampong di situ. ujur Sipul Ludan 65 ketika dtemui.

Masyarakat kampong mengharapkan satu tindakan yang segera dapat di ambil untuk memudahkan masyarakatkampong menggunakan jalan berkenaan untuk urusan keluar masuk juga menghantar anak kesekolah Kebangsaan, terdapatprojek yang baru siap menurap jalan tar di kampong berkenaan tetapi di bahagian jalan memasuki kg sungaisireh semerbok hingga ke sekolah dan sekitar jalan sekolah sahaja tetapi tidak merangkumi keseluruhan kampongsungai serai semerbok, kota itu yang mendatangkan tanda tanya oleh penduduk kampong. menurut Khalid Abu Kasim 46

Sunday, December 5, 2010



Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah

Dec 6, 10 12:27pm
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam. Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.


Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.


Azhanis menetapkan ikatjamin sebanyak RM750,000 tiap seorang. Khir Toyo diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi. Beliau menjadi menteri besar Selangor ke-13 dari Ogos 2000 hingga Februari 2008. Sebelum itu, SPRM menahan Khir Toyo ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah. Difahamkan kedua-duanya disoalsiasat pagi ini di ibupejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS di Shah Alam.


Ketua pendakwaraya SPRM, Abdul Razak Musa tiba di mahkamah kira-kira jam 11.10 pagi dan terus menuju ke kamar DPP. Khir Toyo pula tiba kira-kira jam 11.25 pagi. SPRM telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta. Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

BATU MERAH BERTABURAN DI JALAN

Oleh : Sapar Sutir

Lori membawa batu merah terbalik di Cengkau.

REMBAU: Kerosakkan mekanikal hingga hilang kawalan menjadi detik malang kepada penmandu lorimembawa batu merah dari arah Tampin ke Rembau, pemandu yang ingin di kenali sebagi Ang Seng awal 40ankejadian seawal jam 9.30 pagi tadi.

Kejadian kali ke dua pada bulan ini di kawasan selekoh tajam berhampiran kedai membuat batu nisan kubur di kawasan CengkauPemandu lori ketika di temui mengatakan beliau memandu seperti biasa dari Tampin ke Rembau untuk menghantar batu merah kepadapelanggan di Rembau, bila tiba di kawasan selekoh lori macam bunyi sesuatu sehingga saya tidak dapat mengawal stering danterus terbalik dengan muatan batu merah bertaburan di jalan raya, kemalangan sedikit menganggu kelancaran perjalanan kenderaantapi dapat di kawal oleh kehadiran orang yang mengawal aliran lalulintas di kawasan kemalangan berlaku.

Kemalangan tidak melibat kenderaan lain hanya kenderaan mangsa sahaja yang terlibat, mangsa juga tidak mengalami kecederaan cuma terperanjat dengan kejadian yang menimpa mangsa yang telah lama memandu lori batu berkenaan.Menurut rakan mangsa yang enggan di kenali kenderaan berkenaan telah di periksa seperti biasa sebelum di gunakanuntuk menghantar batu merah kepada pelanggan tetapi tidak menduga masalah mekanikal pada kenderaan berlakusetelah 20 minit perjalanan ke Rembau.

Dari tinjuan wakil metro di kawasan kejadian mendapati kawasan selekoh tajam telah berlaku 2 kemalangan menyebabkan kenderaan terbalik sebelum ini yang berpunca dari masalah mekanikal juga kecuaian pemandu sendiri. keadaan papan tanda yang kurang besar juga mengundang masalah kepada pemanduyang agak terkejut bila sampai di situ ada selekoh tajam, yang menyebabkan pemanduterus mengejut memberek hingga mampu membawa kemalangan, keadaan sebegini akan berlakubila waktu malam dan juga waktu hujan lebat.

Sepatunya di letakpapan tanda yang besar mengatakan kawasan di hadapan ada selekoh tajam kurangkan laju sentiasa berhatihati dan letak lampu amaran kawasan bahaya di situ, kejadian lori kontena terlibat bukan kejadian pertama dikawasan selekoh tajam di situ tapi telah banyak berlaku kejadian kemalangan di situ yang menyebabkan kecederaan yang teruk pernah berlaku di mana bas terbalik menyebabkan pemandunya patah tangan danmengalamai kecederaan teruk.


Najib setuju Umno tak putuskan dasar sendirian

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menyetujui saranan supaya Umno tidak lagi membuat keputusan dasar yang penting dalam melalui mesyuarat parti itu sendirian.Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang akhbar hari ini berhubung saranan berkenaan yang disuarakan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.Dr Chua membuat saranan berkenaan dalam ucapan penggulungannya dalam Konvensyen BN di Kuala Lumpur petang ini.Dalam ucapannya itu, Dr Chua berkata sebarang keputusan penting perlu dibuat secara bersama bagi mengelakkan berlakunya hubungan seperti "abang sulung dan adik bongsu" dalam BN."Kita mesti bekerja sebagai rakan kongsi yang setaraf, jadi keputusan mengenai dasar tidak sepatutnya diumumkan dalam perhimpunan agung Umno ataupun dalam mesyuarat majlis tertinggi," kata Chua dalam ucapannya.Chua menjelaskan, mesyuarat berkenaan tidak setaraf dengan Kabinet.

Jaga perasaan komponen BNMengulas saranan itu, Najib berkata beliau memahami kehendak untuk menjaga perasaan anggota komponen parti BN. Najib juga bersetuju dengan ulasan Chua bahawa pemimpim parti BN tidak patut menyebut perkataan dianggap sensitif seperti "ketuanan Melayu" demi menjaga perasaan anggota parti komponen BN. Chua dalam perbahasan petang tadi turut meminta pemimpin tidak menyebut perkataan sensitif seperti "pendatang","penumpang" dan "tidak patriotik." "Dalam lain perkataan, kita perlu sensitif mengenai semua parti komponen," kata Najib. "Ini tidak bermakna Umno sahaja, tetapi MCA, MIC, dan semua pihak; ia terpakai kepada semua. Ini bukanlah ditujukan kepada Umno semata-mata," katanya lagi kepada pemberita petang ini.

Calon BN pilihan rakyat Dalam pada itu, Najib turut memberi memberi jaminan bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal terpilih pada pilihan raya umum akan datang, adalah terdiri calon pilihan rakyat. "Kita akan tekankan soal rakyat didahulukan," kata ketika ditanya mengenai kaedah pemilihan calon pilihan raya umum akan datang sama ada akan mendahulukan calon pilihan rakyat atau berdasarkan kehendak parti semata-mata.Mengenai kuota pembahagian kerusi pula, Najib berkata perkara itu akan diputuskan atas semangat parti BN dengan mengadakan rundingan dengan semua 13 parti komponen.Perdana Menteri menegaskan bahawa Konvensyen BN yang diadakan hari ini adalah sebagai satu proses untuk mengukuhkan dan menguatkan BN secara berterusan."Ia bukanlah menjelang pilihan raya umum ke-13, sebaliknya satu proses yang berterusan. Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja. "Terpulang kepada kami untuk menentukan bila masa yang paling baik," katanya, sambil menolak tanggapan bahawa konvensyen itu diadakan semata-mata untuk BN membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.


48 penyokong baju merah ditangkap

Seramai 48 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' perkarangan dan dalam Masjid Negara ketika polis bertindak menyuraikan ribuan penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.Ketika mengesahkan jumlah tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, semua yang ditahan itu adalah orang dewasa. Antara mereka, kelihatan seorang pegawai di pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Amin Ahmad dibawa dengan sebuah trak bersama yang lain. "Manakala seorang wakil rakyat ditahan polis pagi tadi telah pun dibebaskan," katanya dipercayai merujuk kepada ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim. Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu negara, beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan di Balai Polis PGA Cheras. Menurutnya, pihak polis telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim jam 10.20 pagi tadi meminta supaya jangan berarak ke Istana Negara. Pihak polis juga, katanya, akan memberi bantuan untuk menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.


Zulkefli berkata, sebuah lagi kumpulan, Ggasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mula berhimpun di Stadium Merdeka mulai jam 11.00 pagi dan berjaya menyerahkan memorandum pada jam 12.40 tengah hari tadi. Pada jam 2.05 petang, polis mengiringi menteri besar Selangor itu bersama 10 anggota delegasinya untuk menyerahkan memorandum tersebut. Zulkefli juga menyuarakan rasa sedih dan kesalnya kerana penyokong baju merah yang berhimpun di Masjid Negara tidak bersurai sejurus selepas diarahkan. "Kita permudahkan perjalanan mereka (baju merah) untuk hantar demo. Tetapi mereka tidak hargai dan kata kita berat sebelah. Saya kesal. "Kita beri peluang pada kedua-dua belah pihak. Kita tengok Gaps, dia ikut cakap kita. Pihak Gaps setuju bila dibenarkan berhimpun dalam kumpulan kecil dan kemudian menyerahkan memorandum dan tiada perarakan ke istana. "Itulah yang sepatutnya perlu dicontohi," kata Zulkefli.Menurutnya, pada jam 3.05 petang, pihak polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan mereka.Dihantar kembali ke masjid negara
Sementara itu, Zulkefli berkata, jalan-jalan yang ditutup di sekitar Masjid Negara akan dibuka secara berperingkat. Sebelum itu, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, mereka yang ditahan itu dibawa menaiki dua trak polis.


Mereka ditahan selepas kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung.Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air.Sementara itu, difahamkan kesemua yang ditahan kini dalam proses dibawa kembali ke masjid negara, tempat mereka ditahan.

Tuesday, July 13, 2010

Simpang Bahaya Di Pekan Kota


Simpang bahaya di Pekan Kota


Oleh : Sapar bin Sutir


REMBAU:


Terlalu bahaya bagi para pengguna yang melalui simpang di Pekan Kota untuk masuk ke Astana Raja dari Seremban di Pekan Kota Rembau, ketiadaan lampu isyarat menambahkan lagi bahaya kepada pengguna yang ingin membelok memasuki Jalan ke Astana Raja. Waktu puncak jam 7.00 pagi, waktu pelajar-pelajar sekolah bergerak ke sekolahjuga kakitangan awam dan swasta melalui jalan berkenaan untuk ke tempat kerja Waktu itulah kenderaan sibuk dan di pandu laju lagi menyukar kepada kenderaan yang ingin memasuki ke simpang jalan menuju ke Astana Raja dari arah Seremban.


Keadaan di tambah menyukarkan bila hujan, pernah berlaku kemalangan maut yangmelibatkan kenderaan yang ingin memasuki simpang ke jalan menuju ke Astana RajaKerana tiada pembahagi jalan berbentuk kon berwarna merah hanya garisan putih di atasjalan yang tidak kelihatan bila hujan lebat.


Simpang berkenaan adalah laluan utama memasuki jalan ke Astana Raja dari Pekan KotaBukan sahaja kenderaan yang terlibat dalam kemalangan malah orang ramai yang ingin melintasjalan untuk menunggu bas juga ada yang di langgar kenderaan yang di pandu laju walaupunsepatutnya kawasan Pekan kenderaan wajar di pandu pelahan.


Pemandu kenderaan perlu berhati - hati bila ingin membelok ke kanan memasuki jalanke Astana Raja, walaupun ada garisan putih sebagai panduan juga amaran kepadapengguna tetapi oleh kenderaan yang di pandu laju dari arah hadapan juga belakangsering berlaku kemalangan kerana tidak menduga ada kenderaan berhenti untuk membelok ke jalan memasuki jalan ke Astana Raja.


Pengguna jalan tiada panduan apa yang berada di hadapan di sebabkan jalan berkenaan luruskenderaan akan di pandu laju walaupun memasuki kawasan Pekan Kota, sekiranya ada lampuisyarat pengguna kenderaan akan bersedia untuk memperlahakan kenderaan. menurut seorang kakitangan Kerajaan Firdius Rustam 28 Pihak JKR atau Majlis Daerah Rembau di harapkan bersimpati dengan masalah para pengguna yang setiap hari berhadapan dengan simpang bahaya untuk urusan seharian, jangan nanti adalagi nyawa melayang di simpang berkenaan baru tindakan hendak di ambil. ujur Izzudin isnin 32.


Tinjuan harian Metro memang simpang berkenaan bahaya, kenderaan banyak terutama kenderaanberat sering di pandu laju kerana jalan lurus, amat bahaya kepada motosikal dan pejalan kakiperlu di bina lampu isyarat bagi memudahkan pengguna untuk keluar masuk ke jalan menujuAstana Raja juga untuk pejalan kaki melintas jalan di Pekan Kota.


Sikap pengguna jalan juga perlu berubah jangan mengundurkan kereta sesuka hati bila selesai urusan di Pekan Kota, kes kemalangan sebegini pernah berlaku di sini tetapi tidak melibatkankemalangan yang teruk, sikap tidak memasang lampu isyarat ingin membelok juga punca berlaku kes kemalangan di Pekan Kota.


Papan tanda awas kawasan Pekan sila pandu perlahan juga satu langkah awal mengatasi permasalahkenderaan di pandu laju di Pekan Kota juga berupaya mengelakan kejadian kemalangan kepada kenderaanyang ingin membelok ke kekanan memasuki jalan ke Astana Raja dari arah Seremban.

Tuesday, March 30, 2010

Satu Malaysia - Penyerahan PC kepada K/Bestari Air Kuning Selatan





Air Kuning Selatan, Gemencheh



Majlis Satu Malaysia dan penyerahan sumbangan komputer oleh Jabatan Penerangan Malaysia kepada Komuniti Bestari Air Kuning Selatan, di sempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz di hadiri oleh Pengaran Penerangan Malaysia Negeri Sembilan Tuan Haji Hashim Bedu serta kakitangan Pejabat Penerangan Malaysia Daerah Tampin, Negeri Sembilan

Monday, March 29, 2010

Program Satu Malaysia



Perhimpunan Bulanan Kakitangan
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan

Taman Tiada Peralatan Permainan.


Rembau : Taman Permainan Tiada Kemudahan Peralatan Permainan

Thursday, February 11, 2010

1 Malaysia


Tampin : 1 Malysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.


Penerapan nilai-nilai murni dalam 1 Malaysia meliputi rasa hormat-menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.


Rendah diri ( tawadhuk )rasa rendah hati atau tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya sendiri, dan seharunya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan Negara.


Kesederhanaan ialah pendekatan sederhana dalam apa juga isu yang berbangkit. Dalam Negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.


Berbudi bahasa ilah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat

Buang Bayi yang tidak berdosa


Tampin : Pasangan suami isteri yang membuang bayi mereka baru lahir, tanpa rasa belas ehsan dan sayang sedangkan itu adalah zuriat mereka berdua amat memalukan juga akan mendatangkan kemarahan dari Allah S.W.T terhadap mereka kelak.


Seharusnya pasangan yang membuang bayi, wajar berfikir banyak kali kenapa perlu membuang bayi mereka yang baru lahirkan. Ramai lagi mereka-mereka yang bernama wanita mahukan anak tetapi gagal mengandung dengan pelbagai faktor kesihatan yang mereka alami.


Sekiranya tidak mahu menjaga anak yang baru lahirkan, serahkan kepada pihak yang sanggup menjaga bayi yang mereka lahir jangan buang bayi seperti buang sampah suka hati di mana sahaja, tanpa memikirkan bayi yang di lahirkan adalah amanah dari Allah s.w.t kepada mereka sebagai penyambung zuriat mereka di muka bumi Allah s.w.t yang indah lagi aman.


Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t kerana anda mampu mengandung dan melahirkan anak, sekiranya Allah s.w.t bagi anda mengandung tapi tidak boleh melahirkan anak yang anda kandung, bagimana rasanya diri anda ketika itu, setelah anda berjaya melahirkan anak sanggup anda buang bayi yang anda sendiri kandung selama 9 bulan, patutkan anda di namakan manusia kenapa anda tidak di namakan syaitan sahaja.

Friday, February 5, 2010

Program Kemasyarakataan demi kepentingan rakyat diutamakan


Program kemasyarakatan untuk rakyat dalam usaha membantu rakyat yang tinggal dikawasan luar bandar perlu diberikan keutamaan. Masyarakat di luar bandar agak kekurangan dari segi kemudahan asas tidak seperti di bandar yang mempunyai segala kemudahan asas dan segala macam pembangunan yang setiap hari ada sahaja pembinaan juga kemudahan terbaru di hadapan mata mereka.


Utamakan kemudahan asas dan teknologi terkini kepada masyarakat di luar bandar, agar golongan muda tidak meninggalkan kampong mereka untuk kebandar demi untuk merasai atau merebut peluang yang ada dibandar.