Kenaikan 4-dalam-1: PAS naikkan kain rentang
Dec 8, 10 10:48am - sumber Malaysia Kini
Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintaholeh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.“PAS mengharapkan rakyat dapat ‘sekolahkan’ pemimpin BN melalui kuasa politik.
Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.“Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.Paling memeranjatkan, kata Idris, hujah yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. “Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia.
Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak?” soalnya.Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.
Berikut cadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara."Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”“Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”“Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”“Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”“Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”“Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”“Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”“Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”“Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN” “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”“Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat” “Selamatkan Negara Daripada Muflis”“Mana Wang Petronas Dihabiskan?”“Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”“Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”“Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”“Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”
No comments:
Post a Comment