Thursday, February 11, 2010

1 Malaysia


Tampin : 1 Malysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.


Penerapan nilai-nilai murni dalam 1 Malaysia meliputi rasa hormat-menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.


Rendah diri ( tawadhuk )rasa rendah hati atau tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya sendiri, dan seharunya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan Negara.


Kesederhanaan ialah pendekatan sederhana dalam apa juga isu yang berbangkit. Dalam Negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.


Berbudi bahasa ilah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat

No comments:

Post a Comment