Thursday, February 11, 2010

Buang Bayi yang tidak berdosa


Tampin : Pasangan suami isteri yang membuang bayi mereka baru lahir, tanpa rasa belas ehsan dan sayang sedangkan itu adalah zuriat mereka berdua amat memalukan juga akan mendatangkan kemarahan dari Allah S.W.T terhadap mereka kelak.


Seharusnya pasangan yang membuang bayi, wajar berfikir banyak kali kenapa perlu membuang bayi mereka yang baru lahirkan. Ramai lagi mereka-mereka yang bernama wanita mahukan anak tetapi gagal mengandung dengan pelbagai faktor kesihatan yang mereka alami.


Sekiranya tidak mahu menjaga anak yang baru lahirkan, serahkan kepada pihak yang sanggup menjaga bayi yang mereka lahir jangan buang bayi seperti buang sampah suka hati di mana sahaja, tanpa memikirkan bayi yang di lahirkan adalah amanah dari Allah s.w.t kepada mereka sebagai penyambung zuriat mereka di muka bumi Allah s.w.t yang indah lagi aman.


Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t kerana anda mampu mengandung dan melahirkan anak, sekiranya Allah s.w.t bagi anda mengandung tapi tidak boleh melahirkan anak yang anda kandung, bagimana rasanya diri anda ketika itu, setelah anda berjaya melahirkan anak sanggup anda buang bayi yang anda sendiri kandung selama 9 bulan, patutkan anda di namakan manusia kenapa anda tidak di namakan syaitan sahaja.

No comments:

Post a Comment