Saturday, March 19, 2011

Kerajaan PKR Selangor ‘punggah’ hasil Orang Asli



KUALA LANGAT 18 Mac – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain ‘wayang kulit’.

Ini kerana mereka kini didakwa sedang ‘memunggah’ hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.

Ia juga menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri dan ada antaranya didakwa diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan masyarakat Orang Asli. Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd. yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga.

Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, tindakan membelakangkan hak Orang Asli telah menyebabkan masyarakat tersebut tidak boleh bersabar, apatah lagi menyedari latar belakang kawasan tersebut adalah penempatan utama suku Temuan di negara ini.

Sedangkan menurut mereka, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) pada 25 Januari tahun lalu telah mengeluarkan pengesahan bahawa Mukim Tanjung 12 adalah kawasan Orang Asli berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 November 1965

Syarat baharu kad kredit



KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan syarat-syarat baharu lebih ketat berkuat kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit.

Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan itu, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.

‘‘Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

‘‘Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.

‘‘Selain itu tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan,’’ kata kepada pemberita selepas memberikan taklimat mengenai garis panduan baharu kad kredit di sini hari ini.

Nor Shamsiah berkata, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad berkenaan tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar.

‘‘Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu itu,’’ jelasnya.

Pada masa ini, pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan 50 peratus adalah mereka yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun.

Nor Shamsiah menjelaskan garis panduan baharu itu merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan berhemat.

‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk.

‘‘Pengenaan syarat-syarat baharu juga bertujuan menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kad kredit,’’ kata beliau.

Pada masa yang sama, pengeluar kad kredit juga ditegah menaikkan had kredit dan menawarkan pendahuluan dalam bentuk cek berbayar tanpa dipohon dan mendapat persetujuan pemegang kad terlebih dahulu.

‘‘Pengeluar kad dikehendaki menyediakan lembaran penzahiran produk (produk disclosure sheet) yang mempunyai maklumat penting, yuran dan tanggu

Lagi demo tuntut DNA Anwar



Kongsi 59Lebih 50 ahli dari beberapa NGO negeri Melaka, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA beliau.

Barisan yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesyen bas Melaka Sentral kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Menurut Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman, tujuan diadakan perhimpun itu adalah untuk mendapatkan keadilan bukan sahaja kepada mangsa dalam kes liwat yang sedang berjalan malah menuntut pihak terlibat bekerjasama agar memudahkan proses pengadilan.

Beliau berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak kerajaan untuk mempercepatkan perlaksanaan undang-undang bagi mewujudkan satu tabung DNA bagi rakyat negara ini.

"Saya difahamkan sudah digubal undang-undang untuk menguatkuasakan tabung ini. Ini satu keperluan yang dianggap perlu pada masa akan datang bagi memudahkan pihak polis dalam melakukan siasatan sesuatu kes yang melibatkan jenayah seksual.

"Ia sekali gus dapat menegakkan keadilan baik dipihak yang terduduh ataupun yang menjadi mangsa. Cadangan itu juga dapat memudahkan semua pihak terutama dalam mempercepatkan proses perbicaraan termasuk pengumpulan bukti untuk proses perbicaraan," katanya.

Abd Rahim berkata, dengan perlaksanaan undang-undang itu juga dapat membantu sekiranya terjadi sesuatu kes dan pihak berkuasa tidak perlu meminta-minta atau menunggu-nunggu untuk dapatkan sampel DNA.

"Kita melihat perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu meyusahkan banyak pihak, malah keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA telah melinggahkan proses dan melibatkan lebih banyak wang kerajaan sepanjang perjalanan perbicaraan.

"Kami sebagai rakyat berasa tidak puas hati kerana ia mengambil masa yang begitu panjang untuk diselesaikan sehingga rakyat pun naik meluat," katanya.

Beliau merasakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar bekerjasama untuk kebaikan semua pihak.

"Bagi Datuk Seri Anwar saya rasa eloklah dia bekerjasama. Inilah masanya untuk dia buktikan sama ada dia terlibat atau tidak," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebenarnya peluang baginya "membersihkan diri"

Wednesday, March 16, 2011

Kg Baru: MAS mahu referendum dapatkan pandangan pemilik tanah




KUALA LUMPUR, 17 Mac — Majlis penduduk Kampung Baru mahu satu referendum diadakan bagi menentukan sama ada pemilik tanah bersetuju dengan Putrajaya untuk membangunkan semula penempatan eksklusif orang Melayu itu menerusi satu akta baru.

Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, Shamsuri Suradi berkata pungutan suara sedemikian diperlukan jika kerajaan “benar-benar mahu mengetahui” bentuk pembangunan yang penduduk mahukan di kawasan berkenaan, yang terletak bersebelahan dengan KLCC di ibu negara.

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Shamsuri berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan badan ideal untuk menjalankan tanggungjawab tersebut, yang dilihat berkecuali bagi kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Mereka ada kuasa untuk mengadakan pilihan raya macam ini. Itu (referendum) seakan macam pilihan raya, hanya kaedah yang berbeza,” tambah beliau.

Shamsuri juga mengesyorkan seorang jurucakap dilantik bagi setiap lot tanah untuk membawa suara atau pendirian pemilik tanah kepada pihak berkuasa.

Kata beliau, langkah itu akan mengelakkan perebutan di kalangan pewaris yang kemungkinan menyokong parti-parti politik tertentu.

Secara purata ada lima pemilik bagi satu-satu lot, dan ada kemungkinan lebih dalam kes-kes tertentu.

Bagaimanapun beliau mengakui proses referendum itu bukan mudah kerana ia akan mengambil masa sehingga setahun untuk selesai.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, MAS masih optimistik usaha membangunkan semula kawasan penempatan berusia 111 tahun itu akan menjadi kenyataan tetapi akan memakan masa yang panjang daripada dijangkakan.

Pentadbiran itu melahirkan pendirian ini di sebalik langkah Putrajaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 untuk bacaan kali kedua ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah.

Undang-undang itu membuka laluan kepada pembentukan sebuah perbadanan, yang awalnya dikatakan akan menggantikan MAS dan kuasa mutlak menteri dan imuniti daripada pendakwaan, tetapi ditentang keras oleh banyak pihak.

MAS melahirkan pandangan itu memandangkan soal membangunkan semula Kampung Baru sudah lama diperkatakan - lebih tiga dekad lalu - tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Sehubungan itu, pihak MAS mahu kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan sebelum meneruskan rancangan untuk membangunkan semula kawasan penempatan milik orang Melayu, yang termahal dan mempunyai 'kuasa autonomi' itu.

Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi mengingatkan bahawa mengikut kiraan mereka, usaha itu kemungkinan mengambil masa 10 tahun sebelum kerajaan boleh menyelesaikan kesemua isu setempat.

Semalam The Malaysian Insider membawa kenyataan Ahli Parlimen Tititwangsa Dr Lo’ Lo’ Ghazali bahawa pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memberi kata dua - tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Mizan Zainal dan Sultan Selangor jika Putrajaya masih berhasrat membawa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ke Parlimen.

Dr Lo’ Lo’ menambah, pada Majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru kelmarin, majoriti mereka membantah keras cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk menggubal rang undang-undang bagi membangunkan kawasan yang sudah berusia 111 tahun itu.

“Pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mendesak kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menarik balik pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 di Parlimen dengan segera, bukan hanya menangguhkannya.

“Jika tindakan ini tidak diambil, pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru akan menyerahkan memorandum bantahan mereka ke kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kemudian Yang di-Pertuan Agong, mereka juga tidak teragak-agak untuk turun ke Parlimen bersama ahli-ahli Parlimen yang bersama mempertahankan hak mereka,” kata wakil rakyat itu.

Mengulas kenyataan wakil rakyat itu, Shamsuri berkata, Dr Lo' Lo' berusaha mendapatkan pandangan pihak terbabit sekarang tetapi menimbulkan kesukaran yang bakal dihadapinya jika dilakukan tanpa bantuan MAS.

“Mereka boleh lakukan tetapi ia bukan tugas mudah,” kata Shamsuri.

Beliau menjelaskan wakil rakyat hanya terlibat ekoran kegagalan kerajaan untuk melibatkan penduduk dari awal-awal lagi.

Oleh itu katanya, kerajaan seharusnya telah membenarkan penduduk untuk memilih daripada beberapa opsyen yang ada berbanding membina “istana dalam angin.”

Semenjak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu, ia mendapat tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah kawasan tersebut.

Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Raja Nong Chik bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat Jun ini.

Sepatutnya ia dibentang pada bulan ini namun ditangguhkan sehingga Jun bagi memperhalusi semula draf undang-undang itu.

Jepun terus guna helikopter gugurkan air




Helikopter tentera terus dikerah untuk menggugurkan air di kawasan loji nuklear Fukushima bagi merendahkan suhu reaktor yang terbakar dan dikhuatiri akan menyebabkan kebocoran radiasi.

Imej televisyen stesen NHK menunjukkan tiga helekopter CH-47 Chinooks milik Pasukan Pertahanan Awam berlegar-legar di udara untuk menjatuhkan air ke reaktor ketiga dan keempat yang sebelum ini meletup dan terbakar.

Perkembangan itu menyaksikan semakin ramai negara asing yang menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan Jepun, yang sedang bertungkus-lumus mengelakkan krisis nuklear setelah dibadai tsunami dan musnah akibat gempa bumi.

Menurut ketua suruhanjaya kawal selia nuklear Amerika Syarikat, keadaan satu daripada reaktor yang terjejas - cukup merisaukan kerana tiada bekalan air untuk mengurangkan suhu rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

'Tidak terkawal lagi'

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Laporan MSNBC pula memetik ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu pParlimen Eropah bahawa loji itu “secara efektif sudah tidak terkawal lagi” selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

“Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya.

“Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia,” katanya.

Namun ketua pemantau nuklear PBB mempunyai pandangan yang berbeza.

13,000 mati dan hilang

“Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal,” kata Yukiya Amano, ketua pengarah agensi tenaga nuklear antarabangsa pada sidang media semalam.

“Operator-operator sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor,” katanya.

Menurutnya, keadaan “sangat serius” dan meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih lengkap kepada agensi itu.

Sementara itu, bilangan rasmi mereka yang terkorban dan hilang selepas gempa bumi dan tsunami yang menghancurkan kawsan pantai timur laut Jepun menghampiri 13,000 orang dan diramalkan akan terus meningkat.

Jumlah mereka yang disahkan terkorban sejak bencana Jumaat lalu seramai 4,314 orang manakalan bilangan mereka yang hilang setakat ini ialah 8,606 orang.

Sejumlah 2,282 orang dilaporkan cedera akibat bencana tersebut.

Datuk bandar Ishinomaki, Miyagi mengatakan jumlah mereka yang hilang di bandar itu sahaja hampir 10,000 orang.

Gempa bumi kuat di Jepun


TOKYO 11 Ogos - Satu gempa bumi kuat menggegarkan Tokyo dan kawasan berhampiran sejurus selepas subuh hari ini, mengakibatkan kejadian tanah runtuh, perkhidmatan kereta api laju digantung dan dua reaktor nuklear ditutup untuk pemeriksaan keselamatan.

Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 64 lagi cedera apabila gempa bumi berukuran 6.5 magnitud itu menggegarkan bangunan, menyebabkan objek terjatuh dan penduduk terjaga dari tidur di Tokyo dan kawasan sekitarnya pada 5.07 pagi ini (4.07 pagi waktu Malaysia).

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum itu melaporkan, satu gempa bumi berasingan bermagnitud 7.6 menggegarkan Lautan Hindi kira-kira 257 kilometer ke utara Pelabuhan Blair di Kepulauan Andaman, India, pada 1:55 pagi (3.55 pagi waktu Malaysia).

Amaran tsunami dikeluarkan untuk India, Myanmar, Indonesia, Thailand dan Bangladesh tetapi ditarik balik kemudian tanpa sebarang tsunami dicatatkan.

Gempa bumi di Jepun itu berpusat di Teluk Suruga, barat daya Tokyo, pada kedalaman 20 kilometer.

Kenaikan kecil paras ombak sehingga 60 sentimeter dikesan di sepanjang pantai bandar Yaizu, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Sekurang-kurangnya 64 orang cedera tetapi tiada yang parah, kata pegawai di dua negeri yang paling teruk mengalami gegaran, Shizuoka dan Aichi.

Satu kejadian tanah runtuh berlaku di sebatang lebuh raya di Makinohara, Shizuoka, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Dua reaktor di loji kuasa nuklear Hamaoka dihentikan buat sementara waktu untuk pemeriksaan keselamatan, tetapi tidak ada kerosakan dilaporkan.

Pengendali 'kereta api peluru' Shinkansen, Central Japan Railway Co. menggantung perkhidmatan buat sementara waktu dan beberapa tren tempatan juga belum beroperasi beberapa jam kemudian.

Jepun adalah antara negara yang paling kerap dilanda gempa bumi dan pakar percaya Tokyo menghadapi kemungkinan 90 peratus dilanda satu gempa bumi besar dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Profesor seismologi di Universiti Tokyo, Katsuyuki Abe berkata, pihaknya sedang mengkaji sama ada gempa bumi hari ini menjadi petanda akan berlakunya satu gempa bumi besar yang dijangka boleh melanda rantau ini pada bila-bila masa. - AP

2 letupan baru di loji nuklear Fukushima









TOKYO: Loji nuklear Fukushima Daiichi yang lumpuh berikutan gempa bumi mengalami kebocoran radiasi yang serius semalam berikutan dua letupan baru dan satu kebakaran ketika kakitangan di tapak berkenaan bertungkus lumus mengelak kebocoran.

Krisis nuklear terbesar negara itu semakin buruk setiap hari berikutan empat daripada enam reaktor di loji nuklear Fukushima mengalami letupan hidrogen sejak gempa bumi melanda wilayah Tohoku Jumaat lalu.

Chong Wei hargai dapat unit saham PNB RM100,000


Saya masih perlukan Datuk Misbun (Sidek)," kata Lee Chong Wei sebaik kembali ke tanah air, awal pagi semalam selepas menjuarai gelaran badminton Seluruh England tempoh hari. Pemain nombor satu dunia itu merayu mentor berkenaan membuat keputusan segera dan kembali membimbing dia ketika ghairah mahu memburu dua gelaran utama - Kejuaraan Dunia dan Sukan Olimpik. “Saya memang perlukan Misbun. Tapi saya tidak mahu memberi tekanan kepadanya. Dia mungkin ada masalah peribadi. Cuma saya amat mengharapkan dia dapat segera membuat keputusan dan kembali membimbing kami,” katanya di Putrajaya, semalam.
Pemain berusia 29 tahun ini menyuarakan dia yakin Misbun akan kembali membimbingnya demi misi negara.

Misbun yang meletak jawatan sejak 31 Disember, tahun lalu masih membisu walau pun pelbagai pihak sudah menemui jurulatih perseorangan itu.

Chong Wei turut ceria, semalam apabila menerima unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM100,000 dan hadiah khas seutas jam tangan sumbangan peribadi Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia di Majlis Sarapan Pagi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri di Seri Perdana.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen
Mohd Shaifuddin MokhtarTahniah Datuk Lee Chong Wei.....Teruskan kecemerlangan dimasa hadapan,tingkatkan lagi usaha dan latihan yg gigih untuk mendapatkan permainan yg lebih bermutu dan berkualiti...Tewaskan Lin Dan kepuasan rakyat Malaysia.pakcik tangkisTahniah...Tahniah... Datuk LCW berjaya menafikan kehebatan jaguh China tu....... Pakcik Kayooo....Zai SriBiarlah Datuk Bun dengan keputusannya. Chong Wei bawalah haluan dengan BAM demi negara. Sesungguhnya kalau Datuk Bun pergi pun pergi dengan maruh dan bukan dengan maruah yang tergadai apabila kembali kepada BAM. Semua telah dicurahkan oleh Datuk Bun dan Chong Wei hanya perlu meneruskan kesimbambungan lagenda badminton kerana semua orang tau siapa Datuk Bun.r3no.cot-lin dan & lcw fanjgn bangga sgt datuk.lin dan pasti balas dendam...sya harap agar datuk menang juara dunia.15-8...cuba atasi Abang AjiTahniah LCW.Harap BAM & MSN hentikanlah politiking...Sebelum terlambat ketengahkan bakat-bakat baru tanpa pilih bulu.izam ahmedSaya terharu melihat saat kemenangan Datuk LCW menewaskan pemain sombong no1 dunia Lin Dan. Lebih puas bila melihat muka lindan pucat ;p Datuk LCW akan menjadi LAGENDA BADMINTON PALING DIGERUNI!!abdul rahim bin alikhidmat datok masih lagi diperlukan haraf BAM jgn lah jadi kacang lupakan kulit...AsicsbestTaniah Datuk LCW krn anda adalah antara atlit yg cukup ikhlas dan berbudi krn tetap mengenang budi bekas sifu anda yg ckup gigih membimbing krn anda faham bukan sekejap masa yg diperlukan utk menjadi juara dunia.... Sedih mendengar komen dan kenyataan Pengarah MSN yg begitu sombong dan angkuh melupakan jasa seorg jurulatih yg kerdil seperti Datuk M.... kalaulah pengarah berpandangan seperti itu apalagi ahli2 majlis BAM.... Rakyat Malaysia tahu dan tidak buta siapa sebenarnya yg benar2 berjasa kpd negara...r3n0.cjgn bangga sangat Datuk....lin Dan pasti balas dendam.datuk mungkin menang nasib.berusaha keras untuk kalahkan unbeatable lagenda badminton itu niklaili@gmail.comSyabas di ucapkan pada Dato Lee menjuarai All England dan juga terima kasih kepada semua penyokong di sana yang tak putus berhenti menyokong pemain malaysia di sepanjang kejohohanan, mereka semuanya patut dihargai...harapan Dato Misbun kembali menjadikan hasrat pemain no.1 dunia ini menjadi kenyataan serta hadiah untuk 1Malaysia budark ke-ciklike 2 ,,,guasyabas...
syabas juga pada RTM sebab dah tak ambil siaran lansung...
RTM dah pokai (bankrup) kut.. ingat semoa orang ade astro ke...Sham Tahniah buat sekian kalinya pd dato' lee & semestinya dato' misbun. saya tidak bersetuju bila dikatakan ketiadaan misbun memberikan kejayaan pd LCW. betul ler kata org bila menang dilambung2 smpai lupa org yg bertahun2 membimbing tp bila kalah cnth masa terbuka korea....berpikul2 kutukan diterima...bg saya misbun telah melengkapkan diri LCW dgn teknik & tektik...jd tiada masalah bg LCW utk berlatih dgn sesiapa pun...malahan LCW telah mengatakan jurang permainan beliau & lindan makin hampir selepas kekalahan di sukan asia & terbaru di korea...jd kpd msn & bam jgn ler jd kacang lupakan kulit...sekalipun nk kan jurulatih yg ada mengambil alih tugas misbun kalian sepatutnya dgn terang-terangan mengucapkan terimakasih kpd misbun atas pengorbanan beliau selama ini...tak logik dek akal siapa boleh melatih pemain dlm 3 bulan boleh menang all england & kalahkan lin dan pulak tu...hakikatnya misbun adalah tunggak di belakang jd jgn nafikannya...

mungkin utk kebaikan semua, dato misbun turun ler melatih LCW kembali & teh seu bock pula akan jd jurulatih pembantu & mungkin mengiringi LCW di perlawanan2 di luar negara...cadangan jer..firahJika Ganjaran y d berikan..d salurkan pd tmpt2 atau org2 y memerlukan...lg cantik....datuk lee da kaya sakan..tp rakyat dpt apa????bila rakyat minta tolong..buat jalan ker..apa ker...byk sngt alasan kerajaan..n lambat d selesaikan..tp sejumlah unit saham y agak besar d berikan bgitu shja..agak2 nya smua pemberian sepanjang thun ada dlam bajet kerajaan ker???MawarKP MSN tu keterlaluan... patut bagi cadangan macam mana nak ganti Dato' LCW bukan bukan nak kondem Datok Misbun. Dato Misbun le yang memainkan peranan utama menaikan Dato' LCW.... Tahniah.tyco 5Tahniah datuk. InsaAllah, Datuk Miasbun akan kembali bergandingan dengan andazolzeytecitulah kebenaran luahan sendiri LCW, bukannya datangnya dari KP MSN @ BAM yg seolah-olah mahu benar-benar kehilangan Misbun, teruskan perjuangan mu DATUK LEE CHONG WEI.... MISBUN JASA MU TETAP DIKENANG....iskandartahniah chong wei..amat penolong jurulatih xdapat ganjaran kah???Brian uMemang Lee C W perlu khimat jurulatih Misbun,kemenangan yang lalu memang sumbangan dari D Misbun.Brian uMemang Lee C W perlu khimat jurulatih Misbun,kemenangan yang lalu memang sumbangan dari D Misbun.amirGanjaran sepatutnya diberikan kepada semua pihak yang terlibat, baik pemain, coach atau pengurus.....Barulah adil dan seksamaijoi_superSalam 1 malaysia.. sebagai rakyat Malaysia yang menghargai jasa perjuang sukan tanah air, saya berharap BAM tidak akan menjadi seperti pepatah melayu yang menyebut `Seperti Kacang Melupakan Kulit`GalavisTahniah..............teruskanmanchillymmg skrng siapapun yg jadi jurulatih chong wei, dia akan mampu utk main dgn baik krn sudah ada teknik yg bagus. apa yg penting adalah mencari bakat baru utk kesinambungan wira utk masa akan datang. kan lebih baik beri kebebasan utk jurulatih cari pemain yg dirasakan layak dan berkemampuan utk jadi juara dunia. jika ada 'orang kuat' yg rasa pencapaian chong wei juga hebat tanpa misbun, anda bebas berfikiran begitu. tp ingat, setelah era chong wei berakhir, siapa pula yg hendak digalaskan cabaran negara!yusof M........tq datuk lee, krna msi x lupa pada d Misbun.....zulDatuk Bun tak dapat sama ke unit amanah saham tu...banuaRasa kasih sayang seoran ibu/pemimpin adalah perlu..inilah bukti perlunya feel dalam apapun perbuatan.Sama ada dirumah...pemimpin..thniawan mohd zikrisungguh trpuji'sikap yg diunjukkan chong wei..ayuh datuk misbun..buanglh ego mu..ambillah yg jernih..demi ank didik yg dahagakan sentuhan mu dn demi kepentingan negara..ayih marilh kita bersama2 mengejar impian negara kita yg tercinta inihafidzuddinsmoga mndpt glaran yg lbih bsr

Merlimau: 78.98 peratus atau 8,435 mengundi



( Malaysia Kini )
Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

Di Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.

Hassanuddin Salim yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala calon Syed Ibrahim akan mengundi di Kuala Tekal.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.


LAPORAN LANGSUNG DI MERLIMAU

5.30pm Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi.

Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.

5pm Proses pengundian di tujuh pusat mengundi di Merlimau dtamat. Kesemua peti undi sedang dibawa ke Dewan Platinum, Politeknik Merlimau untuk dijumlahkan.

4.54pm: Calon PAS, Yuhaizad melalui SRJK (C) Merlimau di tengah-tengah laungan "bangsat" dari penyokong BN.

4.43pm Dengan tempoh pengundian semakin hampir hendak tamat, penyokong BN dan Pakatan di SRJK (C) Merlimau masih tidak mahu beralah.

Perkataan kesat sering digunakan ketika nama pemimpin seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek disebut.

Kanak-kanak, yang kelihatan masih dalam sekolah rendah, pula melaungkan "Anwar kaki buntut".

4.40pm 76.87 peratus atau 8,181 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 4 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

3.39pm Hujan lebat turun di bahagian utara DUN Merlimau, bermula dari Kampung Lipat Kajang.

Ditanya sama ada ia akan menjejaskan sasaran PAS untuk mendapatkan 78 peratus pemilih keluar mengundi hari ini, pengarah bilik gerakan parti itu di Merlimau, Jasme Tompang berkata pihaknya masih berharap.

"Pengundi masih keluar mengundi di Tenang, walaupun berlaku banjir," katanya.

PAS, katanya, percaya mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti tipis sekitar 61 undi, sekiranya cukup pemilih yang keluar mengundi hari ini, terutama pengundi atas pagar dan mereka yang pertamakali mengundi, yang terdiri daripada 15 peratus jumlah pengundi di Merlimau.

3.30pm Di SRJK(C) Merlimau, selepas tersebarnya dakwaan berlakunya pembelian undi, kira-kira 200 meter dari sekolah tersebut, sentimen penyokong menjadi panas, dan berlaku insiden jerit-menjerit.

Seorang penyokong DAP, Tuw Ah Mei, menunjukkan wang kertas RM10 pada penyokong BN, manakala yang lainnya menyanyikan lagi Tahun Baru Cina "Gong Xi Gong Xi", sebagai membayangkan bahawa penyokong BN telah mendapat habuan yang baik, dalam pilihan raya kecil kali ini.

Penyokong Pakatan melaungkan "Mongolia", "Jatuh Najib dan Rosmah!" "Duit rasuah!" manakala penyokong BN membalas dengan laungan "liwat!"

3.30pm 72.6 peratus atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 3 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.40pm 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.
2.31pm Langit mulai mendung, kemungkinan hari akan hujan.

1.30pm: 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

1.05pm Di pusat mengundi Permatang Serai, penyokong PAS kelihatan marah terhadap polis dan SPR kerana membenarkan penyokong BN melepasi halangan, untuk mengiringi pengundi ke kaunter SPR.

Penyokong wanita dari kedua belah pihak menjerit antara satu sama lain.

Seorang penyokong wanita BN dilihat sengaja memprovokasi penyokong PAS dengan berjalan menghampiri mereka seperti gaya seorang model. Penyokong PAS bagaimanapun, tidak memperdulinya.

1pm Masa makan tengahari. Penyokong kedua belah pihak sedang
menjamu selera di bawah pokok. Begitu juga dengan anggota polis anti-rusuhan.

12.45pm Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di pusat mengundi Permatang Serai di SK Merlimau. Kedua-duanya tidak memasuki pusat mengundi tersebut.

Kerana cuaca yang panas, penyokong BN menggunakan payung untuk membawa pengundi ke kaunter SPR.

Permatang Serai merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu dengan 82.6 peratus Melayu, 16.9 peratus Chinese and 0.5 peratus India.

BN menewaskan PAS dengan majoriti 453 undi dalam pilihan raya umum 2008. Ketika itu, BN mendapat 1,025 undi manakala calon PAS memperolehi 562 undi.

12.30pm Merlimau: Pada SJK (T) Jasin Lalang, yang terletak di dalam Estet Jasin, anggota polis anti-rusuhan telah ditempatkan di situ sejak jam 7 pagi bagi menghadapi sebarang insiden tidak diingini. Pusat mengundi yang lain tidak dikawal seketat itu.

Ia menjadi pusat pengundian bagi pengundi dari Jasin Lalang, yang terdiri daripada 51.4 peratus India, 12 peratus Cina, 36.5 peratus Melayu dan 0.1 peratus lain-lain.

52 peratus pengundi di pusat mengundi ini telah mengundi setakat ini dan keadaan tenang sahaja di situ.

Penyokong PAS menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap penyokong BN kerana memanggil mereka dengan pelbagai gelaran seperti 'lembu' dan mengejek dengan laungan 'buntut'.

Penyokong BN juga melaungkan kepada muslimat PAS supaya jangan bercakap kerana suara mereka adalah 'aurat'.

12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

12pm Ahli parlimen Kota Melaka Sing Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .

Sim, bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Dalam laporannya itu, dia mendakwa mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak perkara tidak diingini, Sim berkata, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi.

11.40am 43 peratus atau 4,571 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

11.39am Suasana di Ayer Merbau kembali tenang apabila kumpulan Pemuda PKR beredar menuju ke pusat mengundi yang lain.

Tetapi sekumpulan Pemuda BN kedengaran mengusik janggut penyokong PAS.

"Janggut sunah Nabi! Ni la bodoh, bangang," jawab seorang daripada mereka.

11.14am Seorang pengundi di Ayer Merbau Lim Lam Seng, 50, memuji BN.

"Jalan-jalan semuanya dipasang lampu dan kami tidak takut lagi pada waktu malam. Kini mereka membina sebuah taman tema air di Chinchin, yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata Lim, yang menjadi satu ahli MCA sejak 1983.

11.10am Di SK Merlimau, keadaan jadi panas apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba untuk melawat pusat mengundi dan kedai-kedai berhampiran Merlimau Utara.

Penyokong Pakatan melaungkan "rasuah, rasuah".

Ketika ditemui Malaysiakini, Mohd Ali menafikan tuduhan tersebut
sambil berkata Umno Bersih dan mereka (negeri Pakatan) yang rasuah, dengan mendakwa berlakunya 'rompakan' balak di Kelantan sejak 21 tahun lalu, dan mencuri pasir di Selangor.

Penyokong BN kelihatan membawa kain rentang bertulis "Selamatkan Malaysia dari Pembohongan".

11.05am Seorang anggota Wanita Umno dari Wilayah Persekutuan, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zabedah berkata, dia berada di Ayer Merbau sejak 25 Februari.

"Ini untuk negara," katanya sebelum melaungkan "masuk BN, tinggalkan lempeng (merujuk kepada lambang PAS)."

10.55am Calon PAS Yuhaizad Abdullah melawsat pusat mengundi SK Merlimau 2 - tempat mengundi bagi pengundi dari Merlimau Utara, di mana 42.3 peratus adalah Melayu, 17.1 peratus Cina dan 40.1 peratus India.

Calon BN menang di Merlimau Utara dalam pilihan raya lalu dengan mendapat 234 undi manakala PAS memperolehi 174 undi.

10.52am Merlimau: Kira-kira 20 penyokong BN berarak menuju ke pusat mengundi Ayer Merbau, mencetuskan insiden jerit-menjerit dengan pesaing mereka dari Pakatan.

Pemuda PKR melaungkan "Sapu Malaysia" dan "1Islam!" setiap kali Pemuda BN melaungkan "1Malaysia!"

Ayer Merbau mempunyai jumlah teramai pengundi Cina di antara tujuh daerah pengundi, dan tempat terletakkan bilik operasi PKR bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

10.45am Di Ayer Merbau, penyokong BN melaung "Si ketot!", "Calon
tak jadi!" dan "skuad liwat!" ketika ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di situ.

Seorang penyokong PAS dari Johor, Rokiah Bakar merungut "Manusia macam setan. Rosak orang macam ni". Dia memijak bendera BN sambil berkata adalah "syirik" umat Islam menggunakan simbol dacing.

10:39am Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita.

"Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia.

10.35am Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi.

10:05am Konvoi motosikal BN berlegar di sekitar pekan Merlimau. Mereka memakai baju biru BN dan mengebarkan bendera BN.

09:56 Perniagaan laris di gerai keropok lekor di seberang jalan pusat pengundian. Pemilik, Mohd Zaid - penduduk tempatan Chinchin - berkata dia membuka gerai sejak jam 7 pagi. Dia dan isterinya mengundi sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi

9.42am Yang paling vokal di Chinchin adalah NGO Skuad Teraju Elit Pemuda Selangor (Steps), yang sebelum ini dilihat menyertai demonstrasi anti-kerajaan negeri di Selangor.

9.35am Penyokong PAS mengadu bahawa polis tidak bersikap adil kerana melarang penyokong PAS daripada melintasi garisan yang dipasang di pusat mengundi, sedangkan penyokong BN dibenarkan berbuat demikian.

Anggota Unit Amal PAS, Md Razi Jamaludin, 38, tidak puas hati terhadap perkara tersebut. Dia juga menafikan semangat anggota parti itu rendah kerana parti itu dijangka tewas di Merlimau.

Sebaliknya, katanya, semangat mereka adalah tinggi serta optimis untuk menang, tetapi mereka terpaksa berpecah antara dua pilihan raya kecil - Merlimau dan Kerdau, dan sebahagianya dihantar untuk mengiringi calon parti itu Yuhaizad.

9.25am: Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sehingga jam 9 pagi, 15 peratus atau 1,500 orang sudah mengundi.

9.16am Penyokong PAs pula membalas dengan melaungkan ke arah Puteri Umno, "mengandung, mengandung". Mereka kemudiannya diarah oleh pemimpin mereka supaya berhenti berbuat demikian.

9.05am Calon BN, Roslan Ahmad serta isterinya beredar dari tempat
mengundi dan tempat kira-kira 350 penyokong BN di situ. Beberapa penyokong BN sudahpun kedengaran mengucap tahniah atas "kemenangannya".

Puteri Umno dan Wanita Umno mengebar bendera parti dan menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita".

9.01am Calon PAS, Yuhaizad mengetuai bacaan doa di markas PAS bersama kira-kira 100 penyokong.


Kira-kira 76 peratus pengundi di stesen mengundi Chinchin adalah Melayu. Ini merupaka kampung halaman Yuhaizad. PAS mendapat satu perempat daripada undi di situ pada 2008.

8.40am Roslan beratur di salah satu saluran mengundi tetapi
kemudiannya mendapati dia masuk bilik yang salah untuk hendak mengundi.

Ini mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan jurugambar kerana mereka terpaksa bergegas ke bilik lain.

Secara kebetulan, isteri Roslan juga melakukan kesilapan yang sama dengan masuk ke bilik yang salah ketika hendak mengundi.

8.10am Di daerah pengundian Merlimau Pasir, dua wartawan TV dari Aljazeera diarah keluar oleh anggota polis dari kawasan sekolah ketika mereka mahu mewawancara pengundi.

Polis melarang wartawan stesen TV untuk berbuat demikian dalam kawasan sekolah.

Pengundi mula tiba di SK Merlimau untuk mengundi. Daerah mengundi tersebut mempunyai 2,180 pengundi. BN menang dengan majoriti 393 undi - dengan memperolehi sejumlah 985 undi dalam pilihanraya umum lalu.

Calon BN, Roslan Ahmad akan mengundi di sini.

8.00am Merlimau: Pusat pengundian dibuka secara rasmi bagi kawasan pilihan raya ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya meramalkan jumlah keluar mengundi mencapai kadar 80 peratus, namun pengundi dinasihatkan supaya keluar awal kerana ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang.

Pemantau media jangka lebih sekatan di internet

( Malaysia Kini )
Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.

Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai “sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional” di Malaysia.

RSF berkata internet di Malaysia membekalkan “perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya” dan “ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri” yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.

“Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.

“Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh.”

Friday, March 4, 2011

'Keling tak sedar diri' - PKR buat laporan polis

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan terjumpanya risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.

Risalah itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".

"Risalah jahat berbau perkauman yang bertajuk 'Keling tak sedar diri' dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian penduduk setempat yang berbilang bangsa dan agama.

"Saya selaku Pengerusi Majlis pimpinan Negeri Keadilan Melaka mendesak pihak polis segera menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap penyebaran risalah yang tidak beranggungjawab ini," kata Shamsul dalam laporannya.

Ini kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Menurut Shamsul beberapa objek keras dibaling ke arah kereta yang membawa Anwar dan dua lagi kereta yang mengiringi ketua pembangkang berkenaan.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi hentaman yang kuat pada kenderaan, saya terus beredar dan berhenti rehat di gerai berhampitan Masjid Sempang tidak jauh dari dari jalan Batu Gajah... dan mendapati terdapat kesan hentaman yang kuat di bahagian depan bonet oleh batu.

"Ini adalah tindakan provokasi dan samseng oleh penyokong-penyokong BN,"tulis Shamsul dalam laporannya itu.

Dua hari lalu, ketika ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar di Permatang Pasir, dua kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga dibakar.

Hata Wahari ketua pengarang Utusan Rakyat

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapat permit untuk bagi menerbitkan akhbar mingguan Utusan Rakyat.

Menurutnya, presiden NUJ Hata Wahari (kanan) yang berpengalaman selama 16 tahun dalam dunia kewartawanan dan bahagian editorial, bersetuju untuk menjadi ketua pengarang bagi akhbar tersebut.

"Saya tidak akan memang menyandang jawatan ketua pengarang. Saya menyerahkannya kepada Hata Wahari... Hata diberi kebebasan untuk menentukan akhbar tersebut.

"Tidak ada (campurtangan) parti politik untuk mengawal industri media atau syarikat (media)," kata Nurul Izzah.

Tambahnya, akhbar berbahasa Melayu itu akan dikeluarkan secara mingguan manakala kandungannya berkisar mengenai pelbagai isu termasuk isu-isu berkaitan dengan politik.

Ditanya siapa pemilik akhbar tersebut, Nurul berkata terdapat individu lain yang bersama-sama dalam perjuangan, yang merupakan pemilik sebuah syarikat tertentu, tetapi tidak memegang sebarang jawatan parti.

Menurut Nurul lagi, beliau sekadar mengambil inisiatif memohon permit dan tidak mahu dilihat terlibat secara langsung dalam akhbar berkenaan.

Katanya lagi, banyak pihak mahu bersedia untuk membantu bagi menjayakan penerbitan akhbar ini.

Bagaimanapun, Nurul Izzah enggan mendedahkan identiti pihak berkenaan.

Sebelum itu, Nurul tiba kira-kira jam 11.50 pagi, dan kemudiannya menemui Timbalan Setiausaha Bahagian Penerbitan KDN, Abdul Razak Latif dan Penolong Setiausaha bahagian yang sama, Shafieza Fadzil.

Dalam sidang media selepas menyerahkan permohonan tersebut, Nurul Izzah berkata beliau dimaklumkan bahawa menurut piagam KDN, kementerian itu KDN akan mengambil masa kira-kira dua bulan sebelum membuat keputusan berhubung permohonan tersebut.

Katanya, satu panel 10 orang yang akan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Keselamatan, Datuk Abdul Rahim Radzi akan membincangkan permohonan tersebut, sebelum dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kelulusan.

Menurut Nurul Izzah, akhbar tersebut akan bersifat "dwipartisan dan saksama" dalam laporan, dengan mengambil kira suara dan pendapat pelbagai pihak.

"Media arus perdana di Malaysia mengalami persepsi ianya dikongkong pihak berkuasa menerusi Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984, antara lain.

"Juga realiti pemilikan media oleh sesetengah parti politik (sama ada secara terus atau menerusi proksi) menjustifikasikan persepsi 'berat sebelah' atau prasangka pengarang dalam siaran dan laporan," katanya ketika membacakan satu kenyataan media selepas pertemuan tersebut.

Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai berkata, akhbar mingguan berbahasa Melayu itu akan mempunyai ahli lembaga penasihat pengarang yang diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili NGO dan beliau sendiri sebagai wakil Pakatan Rakyat.

"Beberapa tokoh politik mewakili BN yang dijemput (sebagai ahli lembaga pengarah) masih belum memberikan kata putus walaupun pada dasarnya bersetuju dengan inisiatif (akhbar) dwipartisan ini," katanya.

Ditanya oleh pemberita siapa tokoh BN yang dijemput itu, Nurul Izzah berkata pihaknya telah menjemput ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tidak ada kata putus daripada beliau, tetapi beliau menyatakan sokongannya," kata anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya juga "memilih" untuk menganggotai ahli lembaga pengarah akhbar berkenaan khusus mengenai track rekod tokoh tersebut.

Katanya, setakat ini pihaknya mencadangkan kawasan liputan adalah di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pagi ini.

Sehubungan itu, mahkamah pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

Beliau didakwa telah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.
ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.

Hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.

Perkara 48(1)e) dalam perlembagaan persekutuan menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.

Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.

Satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008.

Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008.